Pertahan Model Biadap… Sekali Lagi DAP Tunjuk Belang Perkauman


Tindakan DAP yang menghantar peguam hanya untuk membela model wanita yang memijak gambar Perdana Menteri dan Datin Rosmah Mansor baru-baru ini memperlihatkan satu tindakan yang bercanggah dengan kenyataan mereka selama ini, bahawa DAP merupakan parti kepada semua kaum dan bukanlah parti untuk satu kaum sahaja.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain, perkara ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan kerana bagi beliau, sememangnya sikap DAP cuba untuk berselindung di sebalik kenyataan mereka sebagai satu parti multiracial sedang hakikat sebenarnya tidak.

“Bagi saya, DAP lebih teruk dari Pas, biarpun Pas mempergunakan agama untuk kepentingan politik mereka. Bagi saya DAP merupakan parti yang paling rasis yang masih wujud dalam negara kita ini. Tindakan mereka membela model wanita itu saja sudah cukup untuk mengesahkan kenyataan ini. Jika betul mereka parti yang berbilang bangsa dan bukan untuk satu kaum saja, sepatutnya budak  Melayu itu juga mereka perlu bela,” tegasnya di sini hari ini.

Biarpun katanya,  ada yang berhujah dengan mengatakan bahawa UMNO juga merupakan satu parti bersifat perkauman, namun bagi beliau jelas hari ini, UMNO bertanding dan membuat keputusan di atas kapasiti Barisan Nasional (BN), di mana ianya akan mengambil kira kepentingan semua kaum di negara ini.

“Memang UMNO merupakan parti yang berasaskan kaum Melayu, namun segala tindakan yang dilakukan oleh UMNO, mahupun untuk bertanding di dalam pilihanraya adalah di atas bendera BN yang mana turut dinaungi oleh parti-parti kaum lain.

“Jadi tidak timbul isu rasis dalam UMNO kerana setiap perkara yang perincikan atau sebarang keputusan yang diambil mesti berdasarkan kepentingan semua pihak berdasarkan hak-hak masing-masing sepertimana yang termaktub di dalam perlembagaan negara,” tegasnya lagi.

Tidak seperti DAP, biarpun bertanding atas nama Pakatan Pembangkang, namun DAP tetap bertanding di atas benderanya sendiri  dan membuat keputusan dengan lebih memikirkan soal hak-hak mereka terlebih dulu dan  kemudiannya barulah memikirkan hak dan kepentingan orang lain.

“Apa yang ingin saya katakan kepada rakyat khususnya kaum Cina,  janganlah terpengaruh dengan lakonan DAP yang berlakon seolah-olah sebuah parti multiracial sedangkan hakikatnya mereka tetap mempertahankan prinsip rasis di dalam senyap.

“DAP bagi saya bukanlah sebuah parti yang layak untuk memperjuangkan nasib rakyat di negara ini, khususnya kaum Cina apatah lagi jika kita lihat daripada hiraki kepimpinan parti tersebut, ia lebih kepada sebuah parti yang berasaskan kepimpinan dinasti anak beranak yang dikuasai oleh Lim Kit Siang dan Karpal Singh,” ujar beliau lagi. GPRS-Online
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

Post a Comment