PR bernasib baik hanya Muhammad Ammar yang menjadi luar kawalan
sehingga sanggup membuka seluar dan menunjuk punggung pada malam sambutan Hari
Merdeka tempoh hari. Apa agaknya akan
terjadi jika si nyonya berbaju BERSIH atau amoi, Sin Yee juga turut berbuat
yang sama?
Tentu semakin meriah dan ‘bersemangat’ jadinya himpunan Janji
Demokrasi pada malam itu. Reformasi yang
dilaungkan akan lebih kuat dan silap-silap semua peserta yang terlibat akan
turut melakukan perkara yang sama, iaitu membuka seluar. Mahu tumbang juga kerajaan dibuatnya jika
ini berlaku kerana pihak berkuasa menjadi bingung dan tidak dapat menjalankan
tugas dengan baik kerana pandangan mereka terganggu.
Nasib baiklah perkara ini tidak terjadi dan Sin Yee hanya memakai
seluar ketat jarang sambil memijak gambar Dato’ Seri Najib, tanpa
membukanya. Jika tidak, tentu jenuh
puak-puak PAS mencari ayat untuk menghalalkan tindakan tersebut kalaupun tidak
turut sama.
Sekarang pun, kita lihat walaupun Tok Guru Nik Aziz juga mengecam
tindakan tak senonoh peserta himpunan Janji Demokrasi tetapi
penyokong-penyokong PAS di laman-laman sosial dan media pro-PR seolah-olah
‘keberatan’ untuk turut mengecam tindakan tersebut. Kebanyakan mereka mengambil sikap ‘malu
alah’ dan enggan mengulas lanjut mengenai insiden buka seluar. Sebaliknya, mereka cuba mengalihkan topik
atau perhatian ke arah lain sekiranya perkara ini dibangkitkan oleh pihak
lawan.
Kita tahu bahawa adalah tidak mustahil jika Sin Yee benar-benar
membuka seluar dengan diikuti oleh sebahagian besar peserta lain, maka PAS akan
terpaksa juga membela tindakan tersebut dengan apa jua cara. Mungkin juga akan timbul ayat baru yang
mengatakan berkelakuan tidak senonoh itu adalah dibolehkan jika ianya bertujuan
menentang pemerintah yang zalim atau sebagainya.
Sekarang pun, ada pihak Pakatan Rakyat yang membela Ammar sambil
mengutuk ibu bapa Ammar sebagai mengkhianati anak sendiri kerana menyerahkannya
kepada pihak berkuasa.
Ini adalah sama seperti yang berlaku dalam kes ‘mencarut’ apabila
Tok Guru Nik Aziz mempertahankan buku Shit, tulisan Shahnon Ahmad yang penuh
dengan kata-kata mencarut di tahap tertinggi terhadap pemimpin negara. Alasan Nik Aziz ketika itu ialah ‘Allah juga
mencarut’, dan diberikan contoh iaitu ungkapan ‘celakalah mereka’ di dalam
Al-Quran.
Kita tidak hairan jika alasan ini diberikan oleh Nik Aziz kerana
kita pasti, beliau gagal dalam peperiksaan Bahasa Malaysia apabila tidak dapat
membezakan ‘mencarut’ dengan perkataan keras untuk menekankan kemurkaan Allah
S.W.T terhadap umat yang engkar di dalam Al-Quran.
Nasib baik kali ini Nik Aziz tidak turut membela tindakan Ammar
tetapi mengecamnya. Nasib baik sekali
lagi Sin Yee tidak berbuat yang sama, kalau tidak belum tentu lagi apa
pendirian Nik Aziz mengenainya. Mana
tahu mungkin beliau akan memberi alasan yang Sin Yee adalah bukan Islam maka
tindakan sebegitu tidak harus dipertikai semata-mata untuk menjaga hati DAP?
Lagipun, bukankah DAP yang bertungkus lumus membela Sin Yee dan
telah nampak jelas yang mereka sedang berusaha untuk mempolitikkan kebiadaban
Sin Yee sebagaimana mereka mempolitikkan kematian Teoh Beng Hock? Sin Yee kini cuba dijadikan ‘hero’ hanya
kerana tangannya digari ketika ditangkap.
Apakah Nik Aziz akan turut meng’hero’kan Sin Yee? (Beruang Biru)
0 Komen