Pilihanraya Kampus – Jangan Label Mahasiwa Kumpulan Pro-Aspirasi Atau Pro-Mahasiswa


Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia, (Gagasan) yakin mahasiswa akan dapat memilih barisan kepimpinan yang mampu merealisasikan inspirasi keseluruhan mahasiswa tanpa terpengaruh dengan sebarang ideologi kepartian parti politik luar kampus dalam Pilihanraya Kampus.

Setiausaha Agungnya, Syed Anuar Syed Mohamed berkata, Gagasan berpendapat tidak perlu dilabelkan sama ada mahasiswa Pro-Aspirasi atau Pro-Mahasiswa kerana budaya melabel ini akan menyumbang kepada perpecahan sesama mahasiswa.

“Yang paling penting sejauh mana barisan kepimpinan yang bakal dipilih mampu membela kebajikan mahasiswa dan memastikan suara mahasiswa didengari oleh kepimpinan ipta dan negara.

"Jadikanlah pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ini sebagai flatform terbaik untuk mengasah bakat kepimpinan ke arah melahirkan pemimpin masa depan yang berkarisma, berkaliber dan berjiwa besar" ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Tambahnya, Gagasan juga mengingatkan pemimpin politik agar tidak mencampuri urusan pemilihan dan memberikan kepercayaan kepada pengurusan universiti untuk mengurus tadbir pemilihan tersebut dengan sihat, tegas dan telus.

“Gagasan juga mengharapkan keseluruhan mahasiswa keluar mengundi dan meletakan pemilihan tersebut sebagai suatu pemilihan yang penting,” tambahnya.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.