Projek Langat 2 Bukan Isu Politik, BN Laksana Demi Rakyat


Kerajaan Pusat diminta meneruskan cadangan untuk membina Empangan Langat walaupun perkara itu tidak dipersetujui oleh kerajaan Selangor bagi mengelak penduduk Lembah Klang menghadapi masalah bekalan air pada 2014 nanti jika perkara itu tidak dilaksanakan segera.

Exco Wanita UMNO, Datin Paduka Norhayati Onn berkata, kemampuan bekalan air ketika ini sudah berada ditahap maksimun dan perlu ada tindakan segera untuk menangani masalah berkenaan kerana bekalan air adalah keperluan asas.

“Sehingga kini, kerajaan Selangor masih cuba menggunakan isu bekalan air ini sebagai bahan politik, mereka menyedari akan masalah yang berlaku dan mereka dilihat cuba bermain tarik tali dengan kerajaan puast termasuk mengenakan beberapa syarat.

“Sepatutnya sebagai kerajaan yang kononnya memperjuangkan kebajikan rakyat, kerajaan Selangor tidak mempolitikkan isu bekalan air itu untuk kepentingan politik mereka kerana yang akan menerima akibatnya adalah rakyat.

“Seharusnya kerajaan Selangor perlu bekerjasama dengan kerajaan pusat bukannya cuba mencari helah jika benar mereka prihatin dengan nasib rakyat,” katanya.

Menurutnya, kenyataan Exco Selangor, Dr. Xavier Jayakumar bahawa kerajaan Selangor akan menghalang projek itu diteruskan dengan meletakkan syarat jika ingin dilaksanakan membuktikan bahawa kepimpinan pembangkang tidak ikhlas memperjuangkan nasib rakyat dan cuba mempolitikkan apa sahaja perkara demi kepentingan mereka.

“Syarat yang diberi itu adalah sebagai alasan kerana sebenarnya kerajaan Selangor merasakan jika mereka membenarkan projek itu dilaksanakan ia akan menyebabkan populariti pembangkang jatuh, ini yang menyebabkan mereka bermain tarik tali.

“Mereka cuba mengelirukan rakyat dengan syarat yang diberikan itu kononnya harga air akan dinaikkan, mereka menuduh syarikat yang menguruskannya bukan di bawah kuasa kerajaan negeri, itulah yang modal yang sering digunakan mereka,” katanya.

Norhayati berkata, projek pembekalan air itu perlu dilaksanakan segera dan tidak boleh ditangguhkan kerana ketika ini penduduk di Lembah Klang sudah merasai kepayahan terhadap masalah berkenaan.

Sumber-MediaUMNO
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment