Kumpulan pertama 711 pengguna air Selangor yang hari ini
menfailkan saman tuntutan kepada Kerajaan Negeri Selangor, Menteri Besar dan
pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) hari ini kerana Menteri Besar
menyatakan bahawa manifesto bukan satu janji sedangkan pelaksanaan air percuma
telah dibuat di negeri Selangor selepas pakatan pembangkang memerintah negeri
Selangor tetapi memilih-milih kumpulan yang menerima air percuma ini.
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi
Shahadan berkata, meraka kan menfailkan saman ini merupakan kumpulan yang
tertindas atau mereka yang teraniaya dengan tindakan kerajaan negeri kerana
tidak mendapat air percuma, 20 meter padu seperti yang dijanjikan, nilainya
RM11.40.
“Ramai yang sudah berhubung dengan kita, selain memberikan respon
balas di website GPRS dan blog www.hasrat-selangor.blogspot.com
, daripada blog, maklumat yang kita dapat akan dikumpulkan dan kumpulan ini
makin bertambah dan mereka perlukan khidmat guaman dari rakan-rakan peguam
untuk failkan. Kerajaan negeri juga telah menyatakan bahawa mereka sudah
bersedia untuk disaman.
Gerakan ini akan berterusan setiap masa, setiap minggu kerana
kumpulan-kupulan yang berbeza, dari apartmen-apartmen dan perumahan yang
berlainan di kawasan dalam negeri Selangor ini yang kita anggarkan lebih dari
689,000 unit,” ujarnya kepada pemberita selepas bertemu kumpulan pertama
penduduk yang menfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri di Mahkamah Tinggi Shah
Alam, di sini hari ini.
GPRS menegaskan bahawa kerajaan negeri perlu bertanggungjawab atas
janji dan manifesto yang mereka buat dalam PRU12, perlu sama rata memberikan
air ini kepada semua rakyat tanpa mengira duduk di rumah flat, teres atau rumah
banglo dan perlu membayar kembali mana yang belum mereka lunaskan.
“Kalau 50 bulan, lebih kurang RM570 untuk satu pemegang akaun.
Kawasan perumahan yang telah kita kenalpasti di Petaling Jaya ada 479 kawasan perumahan,
Klang ada 273, Gombak (462), Hulu Langat (84), Kuala Langat (10), Hulu Selangor
(23), Kuala Selangor (7) dan Sepang (40). Jumlah keseluruhan 1,378 kawasan
perumahan.
Kita minta satu keadilan dan ketelusan seperti yang
dilaung-laungkan oleh kerajaan negeri untuk ‘negeri berkebajikan’ kononnya,
tolong prihatin dan peka terhadap permintaan rakyat Selangor. Mereka tak minta
lebih, mereka tak minta kurang, mereka minta hal mereka, hak yang patut mereka
dapat dalam manifesto yang dijanjikan,” ujarnya yang juag EXCO Pergerakan
Pemuda UMNO Malaysia.
0 Komen