SUARAM, IKD & MalaysiaKini Merupakan Antara Penerima Dana George Soros – Lokman Noor Adam


Pendedahan yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini berhubung penerimaan dana asing oleh sebuah syarikat, Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) bagi pihak Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) tidak harus dipandang remeh sebaliknya harus ditangani segera.

Mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti Keadilan Nasional, Lokman Noor Adam berkata, pendedahan tersebut cukup mempunyai kaitan rapat dengan dirinya kerana ianya merupakan salah satu sebab beliau dipecat daripada Parti Keadilan Nasional pada tahun 2004.

“Pada bulan Februari 2004, saya telah membuat pendedahan berhubung penyelewengan dana yang diterima oleh pemimpin-pemimpin kanan Parti Keadilan.

Pada masa itu juga saya telah mendedahkan bagaimana Tian Chua yang merupakan pengarah SUARAM ketika itu telah megaturkan pertemuan di antara George Soros dengan Presiden Keadilan, Datin Seri wan Azizah, Azmin Ali, Khalid Jaafar dan wakil Tian Chua, iaitu Elizabeth Wong penghujung tahun 2003.

Saya telah mempertikaikan bagaimana Presiden PKR boleh memohon dana daripada seorang berbangsa Yahudi yang telah memanipulasikan mata wang Malaysia pada tahun 1997 tanpa merujuk Majlis Pimpinan Tertinggi terlebih dahulu,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, sebelum beliau dipecat, beliau telah menghadiri mesyuarat Jawatan Kuasa Pilihan Raya Parti Keadilan Nasional yang mana Azmin Ali merupakan pengarahnya, telah memaklumkan bahawa RM3juta pertama telah mereka terima dan dana tersebut telah digunakan untuk menempah t-shirt, topi dan bendera di Negara China.

“Saudara Ezam Mohd Noor yang merupakan Ketua Pemuda Keadilan pada ketika itu telah mengesahkan kepada saya bahawa dana itu adalah sebahagian kecil daripada wang yang bakal disalurkan oleh George Soros untuk membantu Parti Keadilan pada Pilihan Raya Umum 2004.

Melalui maklumat yang diperolehi dari kawan-kawan yang masih bersama PKR, dana yang disumbang George Soros ini masih berterusan sehingga kini,” tambahnya lagi.

Menurutnya, George Soros bukan sekadar membantu SUARAM, tetapi turut membantu Institut Kajian Dasar (IKD) melalui dana yang disalurkan melalui Conrade Adeneur, sebuah yayasan Kristian dari Jerman.

“Tian Chua yang merupakan rakan selokap saya semasa kami ditahan di bawah ISA, pernah mengaku kepada saya bahawa SUARAM dibiayai oleh Soros melalui sebuah yayasan dari Belanda dan beliau turut mengesahkan menerima bantuan dana dari George Soros bagi membolehkan beliau dan Steven Gan mengasaskan portal berita MalaysiaKini.

Sehubungan dengan itu, saya menyokong penuh sebarang usaha untuk mewujudkan undang-undang bagi menghalang penyaluran dana asing bagi membiayai parti politik atau NGO bagi tujuan menghuru-harakan Negara ini.

Sekiranya dana asing dibiarkan untuk masuk mencaturkan politik Negara, sudah pasti sekiranya berlaku perubahan terhadap kepimpinan Negara kepada pakatan pembangkang, Negara ini tidak boleh diperintah oleh pembangkang mengikut acuannya sendiri.  Sebaliknya kita akan menjadi ‘lembu dicucuk hidung’ dan kita akan terpaksa akur dengan segala kehendak dan dasar luar Amerika serta Yahudi,” tambahnya lagi.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

Post a Comment