Ini adalah laporan audit unisel yg telah ditandatangani oleh MB
dan juga pegawai kewangan negeri Dato Arif Rahman.
Kenyataan bahawa kewangan
unisel perlu diselaraskan adalah satu pembohongan untuk menutup kelemahan
mereka.
MB sendiri telah memanggil auditor
yg membuat audit ini dan memarahi mereka kerana membocorkan laporan audit
tersebut.
Berdasarkan polisi Unisel, pendapatan Unisel adalah dari yuran
pengajian dan juga yuran penginapan yang diberikan kepada pelajar dan ianya
diiktiraf sebagai pendapatan secara rasmi apabila yuran pengajian dan yuran
penginapan diterima daripada pelajar.
Pendapatan syarikat dari tahun 2008 sehingga 2010 adalah menurun
dan agak merundum. Pada tahun 2008 pendapatan tahunan adalah sebanyak RM 94.40
juta, tahun 2009 ianya menurun sehingga RM 93.51 juta manakala pendapatan 2010
ianya terus merundum sehingga RM 75.48 juta.
Perbezaan penurunan pendapatan syarikat dari tahun 2008 sehingga
2009 adalah sebanyak RM 890,911 atau berkurangan sebanyak 0.94%, pendapatan
dari tahun 2009 sehingga 2010 menurun sebanyak RM 18,033,558 atau berkurangan
sebanyak 19.28% manakala dari tahun 2008 sehingga 2010 pendapatan terus
merundum dengan perbezaan sebanyak RM 18,924,469 atau menurun sebanyak 20.05%.
Kerajaan PKR Sgor pernah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah
pelajar Unisel mencecah 13 ribu orang. Kemanakah duit PTPTN yang dibayar oleh
pelajar2 pergi?
10:55 PM
7aOia ghd flat iron
bAdn michael kors coupon
rNxn ghd hair straighteners
8kIei cheap ugg boots uk
8bVes cheap ghd straighteners