GAPS Kutuk Tindakan ‘Ala Taliban’ Pemuda PAS


Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) kesal dengan tindakan pemuda Pas pusat yang beraksi seperti golongan Taliban dengan membuat demontrasi di hadapan ibupejabat MCA mengenai isu Syariah beberapa hari yang lalu.

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, GAPS menyifatkan tindakan pemuda Pas ini adalah sangat ekstrem seperti Taliban dengan cuba memaksa orang yang bukan Islam tertakluk dengan undang-undang Syariah khususnya hudud. Dalam Al Quran sendiri dengan jelas menyebut bahawa " Tiada paksaan dalam agama" (Surah Al Baqarah 256). Ini dengan jelas memperlihatkan bahawa tauhid Islam bukan lah boleh dipaksa kepada yang bukan Islam.

“Di atas prinsip itu, Syariah tidak boleh dikuatkuasakan kepada penganut bukan beragama Islam. Ini adalah prinsip asas dalam syariah. Malahan seseorang yang bukan Islam boleh memilih samada mahu tertakluk dengan Syariah atau undang-undang nya sendiri.

Adalah amat dikesalkan, Pemuda Pas mahu berlagak seperti Taliban dengan memaksa MCA mengikut telunjuk mereka. Ini tentunya kejam dan tidak munasabah.

Lebih dari itu, yang disebut oleh Presiden MCA adalah undang-undang hudud Pas. Pas pernah meluluskan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) 2002 sewaktu memerintah Trengganu dan kini Kelantan. Bila disemak didapati ada perkara-perkara yang diharam oleh Syariah tetapi dibolehkan oleh Enakmen Pas ini seperti "boleh meliwat isteri" yang disebut dalam S 14 Enakmen itu yang berbunyi - Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur,” ujarnya.

Tambahnya, Hudud Pas- Islamik kah Enakmen Hudud Pas ini bila ia bertentangan dengan asas syariah itu sendiri? Sudah terang lagi bersuluh, hudud adalah modal mainan politik Pas terutamanya menjelang pilihanraya umum.

“Menjadi kepelikan juga rakyat kenapa Pemuda Pas tidak membuat demontrasi di hadapan pejabat Karpal Singh pemimpin Dap yang terang-terangan mencabar ketertinggian Islam dan syariah. Perangai double standard seperti ini dengan jelas memperlihatkan betapa Pas itu bukan lah Islam dan Islam itu bukan lah Pas,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    6:10 PM


    yang berdemo tu tak lebih sebagai baruah atau lembu bodoh, anjing yg menyalak bukit, bukit tak runtuh kerana isu agama islam hendak diketengahkan dgn cara samsing dihadapan org yang bukan islam.
    betulkan diri masing2 dahulu, belajar cukup2 hukum2 islam, otak jangan letak dikepala lutut.

Post a Comment