2 Jam lagi, wisel final Piala Malaysia akan ditiup untuk
menentukan siapakah yang bakal membawa pulang Piala Malaysia tahun nie ….
Tertarik aku dengan laporan Bancian Online Akhbar Sinar Harian
hari ini yang melaporkan bahawa Kelantan Pilihan Menjadi Juara ….
Kalau Akhbar Sinar Harian, mestilah mereka akan meletakkan
KELANTAN sebagai pilihan JUARA kerana ada 2 sebab yang sangat PENTING …
Pertama: Bos Sinar Harian merupakan anak
jati Kelantan (bekas bos aku tu) …..
Kedua: Dah tentu-tentu Sinar Harian
merupakan penaja kepada pasukan Kelantan….
Hehehehe …… mana mungkin Bancian Online akan meletakkan ATM
senagai JUARA Piala Malaysia malam nie ….
Hehehe …. Sajer bikin panas ….
Lagipun ATM tu mana ada `rakyat’, pasukan berstatus kelab sahaja,
tak sama dengan Kelantan yang merupakan sebuah negeri yang rakyatnya bukan
sahaja berada di Kelantan, malah 1Malaysia ada rakyat Kelantan termasuk dalam
ATM tu sendiri ….
Maka, tidak hairanlah ada juga warga ATM akan menyokong Kelantan
untuk meraih Piala Malaysia tahun nie ……
7:33 PM
Kelantan pasti tertungging malam ni
7:51 PM
Mmg betul, dalam ATM termasuk skuad bola pun ada org Kelantan jgk. Penyokong Kelantan tak mau sokong ke?
7:54 PM
Tak kira siapa yang menang rakyat Malaysia juga