“Angkuh” -
itu perkataan paling sesuai untuk mengambarkan pendirian Menteri Besar
Selangor tentang kemelut isu air yang nampaknya tidak berkesudahan. Jika dilihat dari sikap yang sebegini memang
pentadbiran Negeri Selangor diperintah secara emosi, bukan dengan pemikiran
sebuah kerajaan yang berwibawa.
Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin
berkata, jika Exco Selangor, Dr Xavier sebelum ini “sangat gembira” dengan
pendirian Kerajaan Pahang untuk membatalkan perjanjian pembekalan air mentah ke
Selangor dan begitu bangga mendabik dada yang bekalan air mentah di Selangor
mencukupi, mungkin sekarang beliau akan berfikir sebelum bercakap.
“Sejak kebelakangan ini paras penyusutan paras air di empangan
telah menjadi kritikal akibat cuaca kering dan panas yang dialami. Tentulah sekali fenomena ini tidak dijangka
oleh seorang ahli politik seperti Dr. Xavier, sebab itu beliau main bercakap sedap mulut saja.
Tan Sri Khalid pula baru-baru ini telah memaklumkan di dalam media
bahawa Selangor punya masa 75-90 hari lagi sebelum empangan kering
sepenuhnya. Kerajaan Negeri juga akan
menjalankan pembenihan awan sekiranya tiada hujan turun dalam tempoh 22 hari.
Persoalannya, kenapa seringkali Kerajaan Selangor mengambil
pendekatan “mengubati” bukannya “mencegah” yang jelas menunjukkan yang Kerajaan
Selangor tidak membuat persediaan sebelum ini,” ujarnya di sini hari ini.
Tambahnya, bukankah fenomena cuaca ini sesuatu yang biasa terjadi
dan bukannya kejadian yang tidak dijangka seperti tsunami. Bukankah pentadbiran
Kerajaan Negeri disokong oleh jabatan-jabatan seperti meteorologi dan
sebagainya? Takkan satu fenomena cuaca
yang begitu lazim seperti ini pun tidak dapat dijangka?
“Dulu syarikat pembekal air telah awal-awal memberikan amaran,
namun tidak diendahkan, malah dituduh sebagai memulakan propaganda. Kerajaan Negeri menolak sama sekali bahawa
krisis air akan terjadi dengan alasan-alasan yang tidak disokong oleh fakta.
Jika dahulu MB Selangor berkata krisis air tidak akan berlaku
kerana paras empangan masih penuh.
Apakah sekarang ini kenyataan tu masih relevan?
Ada alternatif jangka panjang, dan lebih efisyen dan telah
dilaksanakan kerja-kerjanya hanya menanti kelulusan Kerajaan Negeri untuk
diteruskan pembinaannya. Tidak dapat
dinafikan, pembinaan Loji Langat 2 adalah satu keputusan yang bertanggungjawab,
dan pilihan yang muktamad,” tambahnya lagi.
Tambahan pula infrastruktur
untuk projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang (PPAMP) telah siap 50%
dan menelan belanja RM2.41 billion.
Takkan infrastruktur yang terbina untuk masadepan rakyat Selangor akan
dibiarkan menjadi sia-sia sahaja.
Sebelum ini Dr. Xavier menolak sekeras-kerasnya PPAMP dengan
memberikan hujah tentang ekologi, kerosakan alam semula jadi dan penempatan
orang asli, tetapi tidak menyedari pula keputusan untuk tidak membina Loji
Langat 2 bakal “membunuh” rakyat di negeri sendiri.
Yang menjadi persoalannya adalah cara Kerajaan Negeri berfikir dan
bertindak, tidak tahu apa yang patut
diberikan keutamaan. Jika isu air mentah
yang begitu asas tidak dapat diuruskan dengan baik dan berkesan, bagaimana
hendak menguruskan pembekalan air terawat yang jauh lebih teknikal. Dalam pada
itu, perlu ada kepakaran dan pengetahuan teknikal yang mendalam beserta pengalaman,
bukan boleh dicapai secara “overnight success”.
Kenapakah Kerajaan Negeri
yang begitu yakin bahawa mereka mempunyai kepakaran untuk menguruskan
industri air di Selangor ini tidak dapat melihat kehadapan dan membuat
persiapan awal bagi sesuatu yang
bermusim seperti ini?
“Ini baru air mentah, belum masuk bab-bab proses merawat air lagi,
dan proses pengagihan. Bagaimana hendak menguruskan penstrukturan dan
mengambil-alih syarikat-syarikat konsesi sedangkan perkara yang paling asas pun
tak lepas. Pendek kata, jangan buang masa! ,” ujarnya yang juga mantan Ketua
AMK Negeri Selangor.
2:46 AM
Alhamdulillah dan terima kasih kerana sudi memberi ruang pautan dari blog otai seperti tuan. Saya juga melakukan sedemikian. Semoga semangat pejuangan kita membawa kejayaan.