Saya merujuk kepada kenyataan Exco Pertanian Selangor YB Dr Yaakob
Sapari di laman web rasmi kerajaan Selangor yang menyifatkan saya seorang
menteri yang jahil dan tidak tahu soal urusan pentadbiran dalam isu projek IADA
bagi Kolam Takungan di Barat Laut Selangor.
Kenyataan beliau yang mengatakan bahawa kerajaan negeri tidak
dimaklumkan berkenaan projek tersebut jelas menunjukkan bahawa beliau adalah
seorang Exco yang tidak melakukan kaji selidik sebelum mengeluarkan sebarang
kenyataan yang akan memperlihatkan sikap kurang cerdik beliau.
Untuk makluman projek IADA ini telah mendapat kelulusan selepas
Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam menghantar surat kepada IADA memaklumkan
bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri EXCO-MTES bil 33/2010 bertarikh
8/9/2010 telah meluluskan permohonan pewartaan tanah bagi rizab kolam takungan.
Pejabat Tanah dan Galian Selangor melalui surat Bil.(8)dlm PTGS/PT
11/8/07-2011 memaklumkan bahawa Menteri Besar Selangor secara rasmi meluluskan
permohonan mewartakan tanah kerajaan bagi rizab kolam takungan.
Saya sertakan kronologi isu pemberhentian kerja tapak oleh Jabatan
Pehutanan Negeri Selangor bermula dari tahun 2009 sehingga 2012.
Ini adalah bukti bahawa pemimpin PKR hanya pandai bercakap dan
mempolitikkan semua isu. Suka saya menasihatkan Exco Pertanian supaya pergi
belajar dulu cara-cara menjadi pentadbir di dalam kerajaan sebelum
mempertikaikan orang lain.
Ini satu bukti yang jelas pemimpin PKR terus membohongi rakyat
seperti mana Menteri Besar Selangor membohongi rakyat mengenai akaun UNISEL
Terima Kasih
Datuk Seri Noh Omar
Chennai, India.
0 Komen