Akhirnya Mengaku Juga Khalid Ibrahim .......


Pengakuan Menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa beliau telah membelanjakan RM650,000 untuk membeli bas mewah dua tingkat, serta pembiayaan RM10,833 sebulan dibiayai sepenuhnya Khalid untuk membayar ansuran bas berkenaan yang dibuat melalui konsep sewa beli hari ini membuktikan siapa sebenarnya pemilik bas mewah berkenaan.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman berkata, hari ini dia mengaku bahawa bas tersebut, pendaftarannya di atas nama Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Di sini kita tahulah bas tu siapa punya, apa tujuan kegunaannya. Ini membuktikan penggunaan duit sebanyak RM650,000 itu satu pembaziran yang cukup besar dan tidak memberikan faedah kepada rakyat.

Jadi, bas ini untuk menunjukkan mereka bermewah-mewah, jadi rakyat harus faham bahawa bas tersebut milik Khalid Ibrahim,” ujarnya di lobi sidang DUN Selangor di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui telah membelanjakan RM650,000 bagi membeli bas dua tingkat untuk tujuan kempen pakatan rakyat untuk pilihan raya umum akan datang selain menyatakan pembelian itu dibuat secara persendirian, beliau juga membayar sebanyak RM10,833 sebulan sebagai ansuran bas berkenaan yang dibuat melalui konsep sewa beli.

Abdul Khalid (PKR-Ijok) berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini sebagai menjawab soalan daripada Datuk Mohd. Satim Diman (BN-Sri Serdang) sama ada pembelian bas itu melibatkan kewangan negeri, berapakah kos sebenar pembelian dan penyelenggaraan dan adakah proses audit dilakukan untuk memastikan
transaksi ini betul, telus dan bertanggungjawab.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

113 Komen

Post a Comment