Bajet Khalid Brahim Dipertikai .....



Pendekatan bajet berimbang kerajaan negeri Selangor menerusi pembentangan Bajet Selangor 2013 semalam dipertikai BN Selangor kerana berdasarkan pengalaman daripada tahun 2009 hingga 2012, bajet yang dikemukakan oleh kerajaan negeri dalam tempoh tahun tersebut didapati gagal mencapai sasaran berimbang seperti yang digembar-gemburkan.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman berkata,  dalam Bajet Selangor 2009 sebagai contoh, bajet tersebut dilihat memerlukan peruntukan tambahan RM120 juta daripada peruntukan asal yang menjadikan jumlah bajet itu mengalami kenaikan 8.6 peratus daripada jumlah keseluruhan sebanyak RM1.4 bilion kepada 1.52 bilion.

"Dalam Bajet negeri 2010, peruntukan tambahan RM194 juta (kenaikan 14.9%) turut dibuat daripada junmlah asal bajet iaitu RM 1.3 bilion kepada RM 1.494 juta.

"Begitu juga dengan Bajet negeri 2011 yang mana tiga kali peruntukan tambahan berjumlah RM 199.9 juta dibuat yang menjadikan peruntukan bajet tahun tersebut bertambah daripada RM 1.43 bilion kepada RM 1.629 bilion," ujarnya ketika membahaskan ucapan Bajet Selangor 2013 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Tambahnya, keadaan yang sama dilihat turut berlaku apabila kerajaan negeri turut membuat penambahan sebanyak dua kali berjumlah RM 167.12 juta dalam bajet negeri pada tahun 2012 iaitu kenaikan 10.4 peratus daripada jumlah asal peruntukan bajet sebanyak RM 1.6 bilion  kepada RM 1.767 Bilion.

"Bagi tokoh seperti Menteri Besar yang selalu mendabik dada sebagai tokoh korporat tersohor, cekap dan professional, pertambahan Bajet seperti ini membuktikan Menteri Besar gagal menguruskan Bajet dengan cekap, membuat perancangan tidak teliti dan kurang professional," ujarnya. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.