Dua Sungai Melebihi Paras Amaran- JPS



Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan sekitar Sungai Repoh di Kampung Repoh, Kangar dan Sungai Kelang di Selat Muara Kelang, Kelang, berwaspada kerana paras air kedua-dua sungai itu melebihi had amaran iaitu 4.19 meter dan 2.95 meter setakat pukul 9 malam ini.

Portal jabatan itu melaporkan hujan lebat di Larkin, Johor Baharu dan Kuantan Bypass, Kuantan sudah melebihi paras amaran dengan kedua-duanya mencatatkan 60 milimeter dan 41 milimeter.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan bilangan mangsa banjir di Selangor mencatat penurunan kepada 779 orang berbanding 893 orang petang tadi.

Di Perak, bilangan mangsa banjir yang masih menghuni pusat pemindahan di Sekolah Agama Rakyat, Kampung Padang Serai, Manjung kekal 33 membabitkan lapan keluarga.

Jumlah mangsa banjir di Sarawak juga kekal lima membabitkan satu keluarga dan kini ditempatkan di Dewan Suarah Marudi.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

54 Komen

Post a Comment