Noh Omar Menfitnah Lagi…..?




Confirm, bila ada sahaja yang didedahkan mengenai kepincangan dan penyelewengan yang dilakukan oleh mana-mana pemimpin atau anak syarikat kerajaan negeri, pastinya puak dan juak-juak PR akan mengatakan ia merupakan fitnah jahat dari UMNO dan Barisan Nasional…..

Dan hari nie, satu lagi pendedahan dibuat oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Beliau hari nie mempersoalkan rancangan Worldwide Holdings Berhad, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), untuk menjual syer bernilai RM150 juta kepada sebuah syarikat bukan bumiputera.
           
Dakwaannya itu berdasarkan maklumat terbaru diperolehinya mengenai perbincangan untuk menjual syer itu antara dua syarikat berkenaan.

Noh berkata syarikat yang ditubuhkan pada 21 Mac lepas itu sebelum ini mempunyai dua pengarah bukan bumiputera yang juga merupakan pemegang saham tetapi berdasarkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dua individu itu telah meletak jawatan sebagai pengarah pada 22 Mei lepas tetapi mereka masih kekal sebagai pemegang saham.

"Pada tarikh sama (22 Mei) dua pengarah baru dilantik yang terdiri daripada pengurusan tertinggi PKNS tetapi yang peliknya dua pemegang saham masih orang yang sama (pengarah yang meletak jawatan sebelum ini).
           
"Apa muslihat berbuat demikian adakah sengaja dirancang," katanya dalam
sidang media selepas menutup program penerangan isu-isu semasa anjuran Umno Tanjong Karang di sini hari ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menuntut penjelasan daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku pengerusi PKNS sama ada syer itu akan dijual atau sebaliknya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment