Kontroversi Nurul Izzah: Azizan Razak Buktikan Perjuangan Islam Bukan Perjuangan PAS



"Melepas tangan dan cuba mengelak" merupakan perkara yang terpaksa dibuat oleh pemimpin-pemimpin PAS dalam menghadapi kontroversi kenyataan Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, namun di sebalik tindakan mereka, beliau nampak semakin banyak kesilapan yang telah dibuat oleh pihak PAS.

“Umpamanya kenyataan daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang cuba membuat perbandingan bahawa PAS masih lagi diketuai oleh kumpulan Ulamak. Mursyidul Am Ulamak, Presiden Ulamak, cuma Timbalan Presiden sahaja yang bukan ulamak.

Jadi, dia kata PAS masih lagi diketuai oleh golongan ulamak, namun begitu dia ada menyatakan bahawa ini bukan soal ulamak tetapi mereka bolehlah meletakkan perjuangan PAS.

Di situ saya mula rasa pelik, perjuangan PAS itu seolah-olah lain dari perjuangan Islam. Kalau dulu mereka mengatakan bahawa PAS memperjuangankan Islam, hari ini buat pertama kalinya mendengar kenyataan yang dibuat oleh MB Kedah yang mengatakan bahawa ahli atau pimpinan PAS perlu dan boleh memperjuangkan perjuangan PAS. Jadi, saya nak tanya apa perjuangan PAS,” ujarnya mengulas sikap mendiamkan diri pimpinan PAS terhadap kontroversi kenyataan Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama.

Adakah ini membuktikan mereka mengakui bahawa perjuangan Pas lain  dari perjuangan Islam. Jadi ini juga menjadikan satu tanda tanya dan satu kesalahan yang sangat besar kerana isu yang dinyatakan oleh Naib Presiden PKR ini berkaitan dengan agama.

Tetapi mereka tidak dapat membuat pendirian sehingga mengatakan bahawa ada perjuangan PAS, adakah perjuangan ini tidak memperbetulkan apa yang diperkatakan oleh Nurul Izzah.

“Tetapi pokok pangkalnya, saya ada rasa khuatir kerana soal ini melibatkan agama Islam, orang Melayu keseluruhan dan kita berbalah, keduanya atas dasar politik, perkara yang betul, yang haq itu tidak diperbaiki dan kita cuba melindungkan kebatilan. Ini jelas tidak betul dan akhirnya pada saya, yang rugi itu adalah kita, umat Islam.

Walaupun sesetengahnya ada mengatakan bahawa ini adalah permulaan kepada pluralisme dalam beragama, saya ingin menyatakan persetujuan dan membayangkan bahawa kalau tidak kita berkeras dan bersama-sama mempertahankan apa yang dilakukan ini sebagai salah, maka akan berlaku pluralisme dalam negara kita kerana ada di kalangan umat Islam nanti akan mengatakan bahawa tidak ada masalah untuk mereka bebas memilih agama yang terang-terangan perlu kita perangi,” ujarnya yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Tambahnya, tetapi hari ini kita berbalah untuk memberi penjelasan terhadap perjuangan, bukannya asas pokok perkara yang benar-benar bercanggahan dengan agama kita, agama Islam.

“Jadi saya risau kepada satu suasana di mana kita tak boleh bayang akan berlaku tetapi sedikit demi sedikit sudah bermula, bercakap tentang murtad ini pun sudah memberi tanda kepada permulaannya pluralisme beragama.

Sepatutnya isu ini tidak perlu pun diperbahaskan, tidak perlu pun diperbincangkan dan tidak perlu pun diberikan keterangan mengenainya seperti juga undang-undang hudud, sebagai orang Islam yang mengaku beriman kena terima undang-undang hudud.

Serupa yang ini, sebagai orang Islam yang beriman, kita tak boleh benarkan murtad di kalangan penganut agama Islam, jadi kalau ada pemimpin yang menganjurkan bahawa sepatutnya boleh, jadi itu terang-terang salah. Saya tak nampak Pas mempunyai pilihan, melainkan pilihan untuk menjadi kerajaan, pilihan untuk berkuasa, yang sedih dan malang, agama itu dijadikan pertaruhan. Saya tak tergamak untuk meletakkan agama sebagai pertaruhan hanya kerana kita ingin berkuasa,” tambahnya.

Terdahulu, laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai berkata: Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.


Beliau berkata demikian pada forum bertajuk ‘Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?’ di Subang Jaya pada 3 Nov.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment