MB Selangor Dicabar Untuk Nafikan Dakwaan Luluskan Pengambilan Tanah Lebih Awal


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini mencabar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya menafikan dakwaan bahawa beliau telah membuat keputusan pengambilalihan tanah milik Yayasan Selangor di Klang lebih awal sebelum dipersetujui mesyuarat exco Kerajaan Negeri.

Noh mendakwa pihaknya mempunyai bukti dan kronologi surat yang dihantar oleh Abdul Khalid pada Mac tahun lepas meminta Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki supaya menguruskan proses pengambilalihan tanah itu kerana telah dibincangkan di peringkat lembaga pengarah.

“Mesyuarat exco memutuskan mengenai perkara itu pada Mei tahun lepas iaitu hanya beberapa bulan selepas Abdul Khalid memutuskan perkara itu. Ini bermakna Abdul Khadid telah membuat keputusan lebih awal sebelum mesyuarat exco,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Idustri Asas Tani turut mendakwa Abdul Khalid langsung tidak mempertimbangkan rayuan pengurusan Yayasan Selangor yang tidak bersetuju dengan keputusan Menteri Besar Selangor itu.

Sebelum ini, Abdul Khalid memberitahu sidang akhbar bahawa tanah itu bukan lagi di bawah kuasa Yayasan Selangor kerana ia telah diserah kepada sebuah syarikat persendirian pada 2002 oleh kerajaan negeri BN.

Beliau menafikan dakwaan kononnya tanah itu akan dibangunkan sebagai Pusat Kebudayaan Cina dan buat masa ini lot tanah itu masih kosong.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. Anonymous
    12:19 AM

    Masa selangor dlm tangan ko tak penah nak ambil berat bab rakyat. sekarang bila dah bertukar pemerintah bermacam-macam cerita itu ini ko nak tabur. Sekarang baru ko sedar.

  2. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat terlupa untuk menyelidik pemilik sebenar projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves sebelum membuat pengumuman untuk membatalkan projek tersebut sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menawan Selangor.
    Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang dihubungi memberitahu adalah satu perkara yang melucukan apabila pihak yang meluluskan projek tersebut ingin membatalkannya semula bagi mendapatkan sokongan undi.
    “Dia (BN) yang lulus lepas dia pulak hendak batalkan, ini tindakan yang amat melucukan.
    “Saya rasa Najib tidak membuat penyelidikan sepenuhnya siapa pemilik projek tersebut sebelum beliau mengumumkan pembatalan sekiranya BN menawan Selangor,”

  3. otai JB
    6:03 PM

    Kau ni bodoh la nurul, kalau nak tahu hal sebenar pergi la tanya kat pejabat tanah barulah cow dapat cerita sebenar. Ini kau dengar cerita khalid gereja kaki auta.cow ni nurul memang lembu

Post a Comment