Projek Kondo Berhampiran Kuil Di Batu Caves...... PR Putar Belit Tuduh BN Yang Luluskan ....



Dakwaan pakatan pembangkang bahawa BN yang bertanggungjawab memberi kelulusan projek pembinaan kondominium berhampiran kuil di Batu Caves berniat jahat dan cuba memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan rakyat kerana projek ini diluluskan oleh ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang dilantik pakatan pembangkang.

Ini kerana ahli MPS yang dilantik BN tidak lagi hadir mesyuarat selepas 8 Mac 2008, dan difakam bahawa kelulusan projek tersebut dibuat pada 24 Jun 2008 yang mana ketika itu tiada lagi ahli majlis daripada BN berada dalam MPS.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, mereka yang bertanggungjawab terhadap kelulusan ini. Walaupun sebelum itu, ahli MPS yang dilantik BN ada membincangkan mengenai pembinaan kondominium, tetapi selepas itu, perkara ini tidak lagi dibincangkan dan ia terhenti di situ saja.

"Selepas ahli MPS yang baru dilantik, mereka meneruskan perbincangan mengenai cadangan pembinaan kondominium ini dan seterusnya meluluskan projeknya. Jadi, saya ingin tanya siapa yang bertanggungjawab meluluskannya kerana mereka ada kuasa membatalkan jika tidak bersetuju,” ujarnya yang juga ADUN Kuang ketika ditemui selepas menghadiri sesi perbahasan Bajet Selangor 2013 di sini hari ini.

Isu pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat di sekitar Batu Caves terus menjadi perhatian masyarakat Hindu tempatan apabila Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniam Swamy Devasthanam Batu Caves membantah pembinaan kondominium itu yang didakwa akan menjejaskan pemandangan dan struktur kuil.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment