Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
hari ini meminta rakyat untuk menilai permainan dan sandiwara Menteri Besar Tan
Sri Khalid Ibrahim dalam soal bas mewah dua tinggat PKR yang dipertikai sejak
sekian lama.
Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, akhirnya sandiwara dan
lakonan Khalis Ibrahim terbongkar semalam selepas beliau mengakui membayar
RM10,833.00 sebulan untuk membeli bas mewah pkr yang digunakan oleh penasihat
ekonomi kerajaan negeri selangor untuk kempen pilihanraya umum pada kali ini.
“Sedangkan sebelum ini, pada 30 Ogos 2012, Tan Sri Khalid Ibrahim
menegaskan dalam kenyataan akhbar beliau yang bas itu disewa untuk tempoh enam
bulan dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh beliau untuk digunakan oleh penasihat
ekonomi kerajaan negeri Selangor untuk kempen pilihanraya umum pada kali ini,”
ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Namun beliau ‘kantoi’ selepas itu bila carian di JPJ mendapati bas
BLU 8779 itu didaftarkan atas nama beliau Abdul Khalid Bin Ibrahim, yang
membukti sebenarnya beliau adalah pemilik bas itu.
Kemudian selepas itu beliau menyatakan pula yang bas itu dibeli
oleh beliau secara sewa beli.
“Namun kalau bas itu Khalid bayar sebanyak RM10,833.00 sebulan
selama 6 bulan sewabeli seperti yang dinyatakannya, ia berjumlah RM 64,998.00
(RM10,833 x 6). GAPS ingin tahu bayaran muka sebanyak RM 885,002.00 (RM950,000
- RM 64, 998.00) siapakah yang membayar wang muka tersebut.
Kalau MB menyatakan dia yang membayar wang muka tersebut, GAPS
ingin tahu tarikh pembayarannya dan cek dari bank mana,” ujarnya lagi.
GAPS juga berminat ingin tahu syarikat kewangan mana yang
memberikan pinjaman sewabeli kepada Khalid Ibrahim kerana umum mengetahui
beliau adalah seorang yang black listed Ctos dan Ccris kerana kes pinjaman RM60
juta Bank Islam yang masih beliau belum jelaskan.
“Sebagai MB, Khalid Ibrahim wajar berterus terang kepada rakyat
dan tidak cuba membohongi rakyat sehingga `kantol’ beberapa kali,” tambahnya
yang juga mantan Ketua AMK negeri Selangor.
0 Komen