Apabila DAP bertekak menegaskan bahawa Malaysia adalah Negara
Sekular, agenda sebenar mereka terserlah iaitu menghapuskan klausa Islam
sebagai agama rasmi negara di dalam perlembagaan. Ini bermakna, keutamaan yang diberikan kepada
agama Islam dari segi dakwah, penyebaran serta infrastruktur dan pembangunan
akan turut terhapus.
Secara automatik, agama-agama lain akan mendapat hak sama rata
dengan Islam dan gejala murtad tidak lagi dapat dikekang.
Masih ramai di kalangan umat Melayu yang mudah terpedaya dengan
momokan bahawa ini semua hanyalah propaganda UMNO.
Kebanyakan mereka sukar menerima soal ‘agama’ menjadi agenda utama
DAP kerana setakat yang mereka tahu, kaum Cina tidak begitu ekstrem dalam
beragama. Malah, ramai di antara mereka
tidak mengamalkan pun ajaran agama mereka, seperti bersembahyang. Selain itu, masyarakat Malaysia juga masih
lagi cenderung mengaitkan kaum Cina dengan agama Buddha sepertimana India
dengan Hindu.
Justeru, ramai yang merasa ragu mengenai kaitan DAP dengan gejala
murtad yang didalangi Kristian.
Hakikatnya, kaum Cina dan
juga India yang memilih Kristian sebagai pegangan semakin meningkat di
Malaysia. Apa jua alasannya, iaitu sama
ada mereka memilih Kristian kerana benar-benar percaya dengan ajarannya, atau sekadar
satu ‘escapism’ dari masalah kasta sepertimana prasangka ramai, ataupun sebagai satu simbol ‘status’ kerana
masih terbelenggu dengan pemikiran mendewakan apa saja yang dibuat oleh
orang-orang barat serta ingin turut menyambut Krismas, melalui upacara
perkahwinan cara barat dan mempunyai nama barat yang dilihat sebagai glamour
akibat terpengaruh oleh TV dan filem, adalah tidak penting untuk dipastikan.
Tidak seperti Islam yang tidak membezakan kaum dan meletakkan
semua umat Islam sebagai sama dan bersaudara, Kristian pula menyaksikan gereja
yang berbeza bagi kaum Cina dan India seperti juga kaum kulit hitam dan kulit
putih di barat yang merasa janggal untuk ke gereja yang sama.
Bagaimanapun, kaum Cina jarang mengumumkan agama mereka tetapi
ramai yang menyangka bahawa kaum Cina yang memakai nama barat kemungkinan
besarnya beragama Kristian.
Memandangkan pemimpin tertinggi DAP tidak memakai nama barat, maka
keraguan masyarakat mengenai penglibatan mereka dalam kes murtad mudah
difahami.
Mungkin kerana itulah maka para penulis blog berbangsa Cina gemar
mendesak pemimpin atasan DAP agar mengumumkan agama mereka. Apa yang diisyaratkan oleh para blogger ini
ialah, pemimpin atasan DAP berselindung di sebalik nama Cina walaupun mereka
sebenarnya Kristian demi memastikan sokongan berterusan dari kaum Cina
‘ortodoks’ iaitu yang berpegang teguh kepada budaya, bahasa dan agama asal
nenek moyang mereka. Dengan tidak
memakai nama barat juga memudahkan mereka untuk mengaburi rakyat mengenai
agenda Kristian yang diperjuangkan mereka.
Agenda Kristian DAP, seperti yang telah terdedah, berpusat di
Subang Jaya. Kumpulan ‘pendakwah’ atau
penipu ini beroperasi dengan cara menghulurkan bantuan sebelum mengumpan
sasaran mereka untuk ke gereja. Antara
yang telah menjadi mangsa dimurtadkan, mendedahkan bagaimana mereka ‘dipegang’
sehingga merasa terhutang budi dan wajib membayar budi para pendakwah itu
dengan memeluk Kristian.
Puak Kristian ini beroperasi secara tersusun dengan dana
disalurkan dari sebuah pusat pentadbiran yang lengkap. Dengan memanggil diri mereka ‘Evangelist’
atau pendakwah, menunjukkan yang mereka bermazhab Protestant iaitu mazhab yang
paling banyak melalui reformasi dan mempunyai berbagai-bagai versi serta
mengambil sikap berbeza dengan mazhab katholik yang mengiktiraf darjat
tertinggi Pope, atau mazhab orthodox yang lebih dekat dengan Kristian asal
iaitu agama Nasrani.
Salah satu laporan dari laman AsiaOne Singapura bertarikh 27 Jun
2012 mendedahkan beberapa transaksi kewangan yang meragukan yang melibatkan
gereja di Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Kebajikan
negara tersebut:
1. ‘Derma’ berjumlah
S$2.1 juta bagi “Projek Menyeberang” (Crossover) atau lebih tepat memurtadkan –
dipindahkan dari Amerika Syarikat ke Gereja City Harvest di Subang Jaya, dalam
jangka masa Diseember 2007 – May 2010.
2. ‘Derma’ ini
kemudiannya dipindahkan ke ‘akaun pelbagai’ juga untuk ‘Projek Menyeberang’
ini. Dalam bulan April 2007 – Mac 2010
sejumlah lebih kurang S$600,00 dan USD3 juta masing-masing digunakan untuk
perbelanjaan En. Kong Hee dan isterinya Ho Yeow Sun yang mana kebanyakan ahli
gereja tidak tahu menahu mengenainya.
3. ‘Derma’ untuk dana
pembinaan gereja berjumlah S$600,000 dipindahkan ke akaun pelbagai untuk projek
yang sama.
DAP telah terbukti merupakan antara anggota penting yang
memberikan naungan kepada puak evangelists ini yang berpusat di Subang
Jaya.
Pemimpin DAP, antaranya, Hannah Yeoh didedahkan telah menyumbang
dana dari DUNnya kepada beberapa pertubuhan Kristian antaranya RM3,000 –
Kingdom Christian Fellowship Bhd pada 13 Oct 2011, RM2,500 – Subang Jaya
Assembly of God pada 12 May 2011, RM5,000 – Evangelical Free Church Gospel
Centre pada 17 Jan 2012 dan RM5,000 - Pusat Subang Jaya Pastors Fellowship pada
2010.
Apabila kes murtad pertama kali menjadi heboh, Datuk Dr. Hasan Ali
dan Nasharuddin Mat Isa antara yang paling lantang menyuarakan kebimbangan
dengan kegiatan gereja di Subang Jaya.
Pemimpin-pemimpin DAP termasuk di peringkat atasan pantas turun membela
dan memberi sokongan kepada gereja hampir dalam kadar segera.
Tidak lama kemudian, kita menyaksikan bagaimana Hasan Ali dipecat
dari PAS dan ‘bintang’ Nasharuddin juga merudum.
Pendedahan lanjut dibuat oleh beberapa blog mengenai ikrar yang
dibuat oleh DAP di dalam sebuah majlis yang menampilkan tokoh-tokoh Kristian di
rantau ini, untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian. Ikrar tersebut dilihat konsisten dengan
desakan Lim Guan Eng dalam perutusan Krismasnya untuk meneruskan perjuangan
menggunakan kalimah Allah dalam kitab Kristian.
Jelas, bahawa agenda Kristianisasi dengan isu Injil berbahasa
Malaysia serta penggunaan kalimah Allah di dalam risalah dan kitab agama
Kristian, kes murtad, hubungan pemimpin DAP dengan gereja serta perutusan
Krismas Guan Eng adalah isu yang berkait dan berangkai.
Ini bermakna, ia bukan satu paranoia umat Islam UMNO yang tidak
berasas tetapi sahih sehinggakan para blogger bukan Islam dan bukan Kristian
juga turut menghidunya. Yang tidak
berasas dalam isu ini hanyalah tindakan umat Islam di dalam PAS menyokong, membela
dan berdegil untuk terus bekerjasama dengan puak evangelists, bergandingan
tangan menuju ke Putrajaya dan duduk bersebelahan di singgahsana.
Atas bantuan PAS inilah maka agenda Kristianisasi DAP nampaknya
hampir berjaya
11:06 PM
Mulakan dengan acara sambutan Tahun baru Gregorian di hentikan.
Bukankah itu tahun baru Kristian.? Jangan kata hanya orang India dan Cina mengagungkan barat.
Saya menulis sebagai penyokong kuat UMNO dan saya bangga atas dasar perjuangan Islam UMNO. Saya harap UMNO dapat mulakan dengan tindakan ini.
12:47 AM
Org yg kemaruk dgn kemewahan dunia je yg sanggup MURTAD.Org yg berpegang teguh dgn Islam tk terpengaruh le.Blum ada sejarah org2 Islam murtad pasal kalimah.Yg biasa di dgr kerana cinta dn imbuhan. Berapa bnyk dh org Islam yg MURTAD sejak konflik ni timbul?Yg Hasan Ali dok jaja tu video 1996.Pd saya bnyk org yg dh tergelincir akidah ny krn percaya ada kuasa lain yg memberi mereka rezeki dn memberi kesejahteraan kehidupan mereka.