Imej Dap yang selama hampir lima dekad ditonjolkan sebagai sebuah
parti yang berbilang kaum berlandaskan konsep 'Malaysian Malaysia'.
Dap adalah serpihan kepada parti pemerintah di Singapura iaitu Pap
dan mempunyai prinsip perjuangan yang sama yang memberi hak sama rata kepada
semua rakyat tanpa mengira kaum, agama atau budaya.
Bagaimana muluk sekali pun garis prinsipnya, Dap tetap dilabel
sebagai sebuah parti perkauman yang hanya memperjuangkan hak dan isu-isu untuk
kaum Cina sahaja di dalam parti itu.
Sikap rasis tebalnya terserlah dalam banyak perkara sebelum ini
umpamanya isu Universiti Merdeka, bahasa dan sekolah Cina, desakan menghapuskan
kedudukan istimewa orang Melayu di sisi Perlembagaan, mempertikaikan Islam
sebagai agama Persekutuan dan sebagainya.
Dengan sikap yang amat cendurung kepada kaum Cina, maka Dap tidak
mampu mengikis imejnya sebagai sebuah parti politik yang rasis dan cauvinis di
tengah-tengah sistem politik kepelbagaian di negara ini.
Imej 'suci' Dap kini mengalami tamparan yang maha hebat yang tidak
mungkin dapat diperbaiki lagi dan terpahat selamanya sebagai igauan ngeri.
Pertama ia berhubung dengan keputusan pemilihan Anggota
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu pada 15 Disember tahun lalu yang
memperlihatkan kesemua lapan calon Melayu kalah dengan teruk sekali.
Keputusan itu 'mengejutkan' Setiausaha Agung Lim Guan Eng yang
berkata beliau menyesali keadaan itu berlaku.
Keputusan itu bukan sahaja dikecam oleh pelbagai pihak tetapi
dilihat sebagai satu lagi hujah yang tidak boleh dipatahkan bahawa sememangnya
Dap sebuah parti Cina yang anti-Melayu dan anti-Islam.
Tetapi bencana yang lebih malang kepada Dap ialah usaha pemimpin
tertinggi Dap untuk membuat 'damage control' atau mengawal keadaan dengan
membuat pindaan selepas 19 hari keputusan pemilihan CEC.
Tindakan itu yang kini dilihat sebagai satu usaha manipulasi
keputusan pemilihan parti telah meletakkan seorang tokoh muda 'Melayu' bernama
Zairil Khir Johari sebagai pemenang unggul.
Daripada kedudukan nombor ke 65 dengan jumlah undi sebanyak 305 di
dalam senarai keputusan pemilihan CEC, Zairil telah 'dilonjakkan' kepada nombor
20, kedudukan terakhir yang membolehkan beliau dipilih menduduki jawatankuasa
tertinggi parti.
Dalam proses tergesa-gesa mengikis imej anti-Melayunya, Dap
terpaksa mengorbankan salah seorang calon yang berjaya melayakkan dirinya
mengambil kerusi di dalam CEC.
Vincent Wu Him Ven, yang berjaya meraih 1,202 undi kini ditendang
kepada kedudukan nombor 26 dengan 669 undi, sekaligua terkeluar daripada
senarai 20 calon teratas yang dipilih ke
CEC.
Meletakkan Zairil menduduki kerusi CEC tidak menyelesaikan masalah
kemelayuan Dap kerana Zairil adalah anak tiri kepada bekas pemimpin UMNO, Mohd
Khir Johari yang mengahwini seorang wanita Cina bernama Christine Lim.
Tindakan Dap mengangkat Zairil ke dalam CEC telah memburukkan lagi
keadaan kerana Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang ini memakai
nama ayah tirinya untuk menunjukkan bahawa beliau seorang Melayu.
Jadi Dap telah menipu dan pada maa yang sama telah ditipu
sebenarnya!
Menyahkan Vincent Vu sebagai pemenang yang sah juga akan bakal
membawa implikasi politik besar kepada Dap kerana ahli-ahli pada peringkat akar
umni telah mula mempertikaikan perbuatan yang dikira tidak bermoral dan
beretika itu.
Malah Pengerusi Kebangsaan Dap, Karpal Singh mengakui 'kesilapan
teknikal' dalam proses pengiraan undi namun beliau menolak gesaan untuk
diadakan semula pemilihan parti.
Guan Eng dan bapanya, Kit Siang setakat ini tidak banyak memberi
komen kerana mereka tahu tindakan memenangkan Zairil bukan sesuatu yang bijak
dan kini telah memakan diri sendiri.
Kini serangan ketiga-tiga parti dalam ikatan Pakatan Rakyat
terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung isu ketelusan dan keadilan untuk
memastikan proses pilihan raya yang bersih hanyalah omongan kosong dan ilusi
bagi mengaburi mata rakyat semata-mata.
Bak kata pelbagai pihak, sekiranya tidak mampu mengira undi
daripada 1,823 perwakilan bagaimana pula hendak memerintah negara, satu
pemerhatian yang tepat sekali mengena batang hidung Dap.
Kali ini dap tidak boleh lagi menutup sifat hipokrit dan
munafiknya yang hanya melihat kesilapan dan kelemahan pihak musuh politik dan
kerajaan tetapi diri sendiri terpalit dengan penipuan yang lebih hebat lagi.
Sebenarnya Dap telah terperangkap dalan jerat yang dipasangnya
untuk memerangkap musuh tetapi malang tidak berbau kecundang kepada muslihatnya
sendiri!
Harapan Dap untuk memperdaya pengundi Cina untuk mengundinya pada
PRU-13 sudah tidak berkesan lagi dan kemungkinan undi Cina akan berbalik kepada
Barisan Nasional.
Dalam dunia politik semuanya adalah mungkin dan kemungkinan
senario ini berlaku tidak boleh dikesampingkan, hanya masa akan menentukan.
Sementara itu Dap seperti anjing yang cedera tidak lagi dapat
berbuat apa-apa untuk mengembalikan keyakinan ahli terhadap parti itu kecuali
menjilat lukanya sendiri.
1:00 AM
Cuba selidik pula tentang sejarah PPP dn pengasas ny D.R.Seenivasagam.Apa kh mereka telah berubah?Jgn nk mengata DAP je.Di Perak siapa yg tk kenal dgn Salleh Nakhoda Hitam,Daeng Ibrahim,Hj Ibrahim Senggeh,Fadzlan Yahya dn bapa ny Cikgu Yahya.Mereka ni ada lh ADUN2 DAP dlm DUN Perak di tahun 70an.Apa kh hilang jiwa Melayu mereka selepas menyertai DAP?
10:37 AM
YANG NYATA DAP PARTI CINA KOMINIS CHUVANIS KAFIR HARBI!!
BONGOK SANGAT KA KO NI!! ATAU KO MEMANG MUSIBAT AGONG???