Isu Kalimah Allah benar-benar meletakkan PAS di dalam keadaan
tersepit di antara agama dengan politik atau antara Allah SWT dengan Tokong Lim
DAP.
Media perdana beberapa hari ini giat melaporkan bantahan yang dibuat
oleh ahli-ahli PAS sendiri terhadap DAP melalui perhimpunan aman, serta memijak
bendera DAP. Malah, terdapat juga laungan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat.
Antaranya di Pulau Pinang dan juga Kelantan.
Seiring dengan itu Ketua Dewan Ulama serta beberapa orang pemimpin
Ulama PAS bertali arus membuat kenyataan tidak bersetuju Kalimah Allah
digunakan di dalam Injil Kristian. Tetapi, seiring dengan itu juga, Ulama-ulama
ini ditempelak oleh DAP dan PKR kerana mereka telah terlebih dahulu bersetuju
dengannya sebelum ini dan sebarang tindakan untuk menukar fikiran adalah tidak
relevan sama sekali.
Keadaan ini membawa kepada keputusan demokrasi iaitu DAP, PKR
menang dan PAS kalah, walaupun PAS enggan mengakuinya.
Sehubungan dengan itu, pemimpin tertinggi PAS pula mengambil
keputusan untuk menutup mulut membiarkan isu ini berlarutan dalam keadaan DAP
menang tetapi PAS enggan mengaku kalah. Pendek kata, PAS mengambil keputusan
untuk tidak membuat keputusan.
Kita faham, bahawa PAS dan DAP sudah menjadi satu, yakni jika
dicubit peha kanan peha kiri terasa juga.
Sikap ini membuatkan rakyat tertanya-tanya, apa kesudahannya?
Sampai bilakah penyokong PAS akan berdemo membantah DAP dan tidak diendahkan?
Apa yang mereka harap akan perolehi dari memijak bendera DAP?
Akhirnya, Harakahdaily hari ini memberi jawapannya melalui
kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman yang menafikan
bahawa mereka yang berdemo itu adalah ahli-ahli atau penyokong PAS. Katanya,
itu semua adalah gimik UMNO untuk melaga-lagakan PAS-DAP. Katanya, itu adalah
bukti UMNO terdesak.
Menurut beliau, ahli-ahli PAS menghormati keputusan Majlis Syura
dan tidak akan bertindak demikian dan menuduh Kementerian Dalam Negeri (KDN)
sebagai tidak mampu menangani isu Kalimah Allah ini sedangkan ia di bawah
penguasaan UMNO.
Dalam ertikata lain, beliau menerima keputusan Majlis Syura bahawa
Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh kitab agama lain tetapi keputusan itu
hanyalah tertakluk kepada Ahli PAS sahaja, dan di masa yang sama, tertakluk
kepada keputusan Pakatan Rakyat bahawa ahli DAP, PKR dan semua masyarakat yang
tidak menjadi ahli PAS boleh menggunakan Kalimah Allah di dalam kitab agama
lain.
Inilah hakikat keputusan rasmi Pakatan Rakyat yang sukar untuk
diterjemah secara jelas oleh para pemimpin PAS, tetapi Abdul Latif ternyata
telah berjaya memberanikan diri untuk menjelaskannya kepada kita.
Abdul Latif pasti faham, bahawa selagi PAS terus bersama PR,
selagi itulah PAS terpaksa akur kepada keputusan demokrasi PR dan apa saja
keputusan PAS secara bersendirian adalah keputusan yang tidak relevan dan tidak
ada nilai.
Oleh itu, sekiranya, PR memenangi PRU kali ini, maka kita boleh
menjangkakan satu undang-undang baru yang menyatakan dengan jelas bahawa
Kalimah Allah boleh digunakan oleh agama-agama lain, tanpa pemantauan dan tanpa
halangan atas dasar hak kebebasan dan hak asasi masing-masing.
Jika Abdul Latif menafikan yang ini juga maka beliau wajib
menjelaskan apakah kedudukan isu Kalimah Allah ini jika PR menjadi pemerintah.
Beliau perlu nyatakan apakah umat Islam perlu berputih mata
membenarkan Kristian menyalahgunakan kalimah tersebut kerana suara Majlis Syura
tidak ada nilai di dalam kerajaan PR dan tiada siapa boleh berdemo mengutuk
keputusan itu bagi menjaga kesepakatan PAS-DAP?
Sent
from Yahoo! Mail for iPhone
|
7:26 PM
safer for muslim follow majlis fatwa kebangsaan.