Belanjawan
Kedah 2013 yang dibentangkan baru-baru ini, menunjukkan anggaran hasil sebanyak
RM640.55 juta manakala perbelanjaan pula dianggar berjumlah RM656.5 juta. Ini menjadikan menjadikan anggaran defisit
fiskal negeri berjumlah RM15.95 juta.
Bagaimanapun, anggaran ini dibuat secara ‘mimpi’ iaitu mungkin
dicongak-congak sendiri oleh kepimpinan negeri tanpa mengambilkira faktor
realiti.
Jumlah
defisit tersebut mengambilkira anggaran hasil dari jualan air mentah kepada
Syarikat Air Darul Aman (SADA) berjumlah RM33.8 juta dan juga kepada kerajaan
negeri Pulau Pinang berjumlah RM20 juta.
Seperti
yang dikatakan, semua ini hanyalah ‘mimpi’ Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri
Besar Kedah semata-mata. Kita menyatakan
ia sebuah mimpi kerana sehingga bajet tersebut dibentangkan, Azizan hanya syok
sendiri tersenyum-senyum mengenangkan hasil yang bakal diperolehi tanpa
mengambil langkah untuk merealisasikannya.
Mungkin
Azizan tidak tahu bahawa bajet negeri bukannya untuk syok sendiri, tetapi untuk
kesejahteraan rakyat. Apabila kita
bermain dengan angka maka ia perlu ada logiknya kerana angka matematik atau
ekonomi bukannya perkara seni yang boleh dibentangkan berdasarkan
imaginasi. Kiraannya perlu tepat dan
bersandarkan fakta yang nyata. Sekiranya
ia diletakkan sebagai anggaran, maka anggaran juga perlu dibuat berdasarkan
logik.
Justeru,
di manakah logik bajet yang dibentangkan Azizan jika tiada sepatah perbincangan,
tiada satu pun pertemuan atau sehelai pun surat yang boleh dijadikan sandaran
bagi anggaran hasil yang dibentangkan?
Amatlah
menghairankan apabila selepas bajet tersebut dibentangkan serta dikritik hebat,
kerajaan negeri Kedah masih tidak mengambil langkah untuk berbincang dengan
kerajaan negeri Pulau Pinang berkenaan hasrat untuk mengenakan bayaran kepada
air yang dibekalkan kepada negeri tersebut.
Sebaliknya,
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, atau gelaran terhormatnya, Tokong,
hanya mengetahui akan hasrat Kedah ini melalui pembentangan bajet tersebut. Tentu sekali, Tokong Lim amat terkejut dan
marah. Dan sudah tentu sekali beliau
tidak bersetuju kerana ia melibatkan kerugian di pihaknya.
Amalan
manusia biasa dalam berurusan jual beli, haruslah melalui proses pertemuan atau
perbincangan dan mungkin juga tawar menawar.
Jika kedua-dua pihak bersetuju, barulah urusan tersebut boleh diteruskan
dan barulah proses anggaran jumlah kewangan yang bakal terlibat boleh
dibuat. Apabila semua pihak berpuas
hati, wang dan barangan pun bertukar tangan, barulah ia dianggap selesai. Selagi tidak selesai, ia masih dirujuk
sebagai anggaran.
Namun,
satu pun dari proses di atas tidak berlaku dalam isu penjualan air ini,
melainkan dalam mimpi Azizan.
Tindakan
kerajaan negeri Kedah ini seolah-olah tidak beradab, tidak beretika dan tidak
professional. Nampak benar yang Azizan
dan pegawai-pegawainya kekok serta tidak tahu di mana kedudukan mereka. Azizan bukannya pegawai bawahan dan exco-exco
negeri bukannya pekerja kilang atau kerani kerajaan. Azizan wajib mengadakan pertemuan dengan
kepimpinan negeri Pulau Pinang apatah lagi apabila kepimpinan negeri tersebut
telah menempelak Azizan secara terbuka kerana isu ini.
Apakah
Azizan takut dengan Tokong Lim? Ini
tidak mustahil kerana sudah termaklum bahawa PAS amat takut kepada Tokong-tokong
DAP serta rela memperhambakan diri kepada mereka asalkan Tokong tidak menyepak
PAS keluar dari Pakatan Rakyat.
Jika
kita lihat Azizan begitu garang dengan wartawan dan orang-orang UMNO, kenapa
Azizan tidak mampu membawa sikap yang sama dalam bekerja? Di manakah keberanian Azizan yang kita lihat
di dalam televisyen itu?
Justeru
benarlah desas-desus yang didengar mengenai Azizan yang mempunyai masalah
‘inferiority complex’. Buktinya,
setelah empat tahun memerintah, Azizan langsung tidak pernah mengambil masa
untuk membuat perjumpaan dengan para pelabur asing di negeri tersebut. Jika di bawah BN, Menteri Besar Kedah
mengunjungi pelabur beberapa kali setahun bagi mendengar sendiri masalah mereka,
tetapi kini pelabur hanya berpeluang bertemu dengan wakil MB sahaja, atas alasan
MB sekarang bukan lagi Pengerusi kepada Kulim Technology Park Corporation,
syarikat pemaju projek tersebut.
Nampaknya,
Azizan tidak tahu skop dan kapasitinya sebagai seorang MB, jauh sekali memahami
nilai signifikan satu-satu pelaburan langsung asing kepada sebuah negeri.
Ramai
yang berkata bahawa Azizan enggan berjumpa pelabur asing kerana takut kelemahan
beliau mengenai ekonomi dan pentadbiran negeri terserlah. Begitu juga kesnya dengan Tokong Lim, di
mana Azizan bimbang beliau tidak mampu menangani proses tawar-menawar yang bakal
berlangsung dan Tokong akan melihat sendiri bahawa Azizan tidaklah sehebat
mana.
Sebenarnya,
masalah ‘inferiority complex’ wujud dengan segar di dalam PAS. Masalah itulah yang menjadi akar kepada sifat
mengalah PAS tatkala bersemuka dengan DAP.
PAS tidak mampu berhujah dengan baik, dan dengan yakin, kerana tidak
punya pergaulan, pengetahuan dan pengalaman yang luas, selain sifat rendah diri
semulajadi yang ada di dalam diri orang Melayu.
Kerana
itu, PAS hanya berani dengan UMNO, iaitu yang satu bangsa dengannya. PAS berdengki dengan UMNO kerana walaupun
sebangsa tetapi UMNO tampak lebih yakin dan bergaya serta tidak kekok untuk
bersaing. Bukan seperti PAS yang hanya
mampu bermegah soal agama, itupun separuh masak saja.
Justeru,
secara tidak langsung rakyat di bawah kerajaan pimpinan PAS juga terpaksa
menurut jejak MB mereka melutut kepada Tokong.
Jika di Kelantan mereka melutut pada Tokong Ngeh dan Nga, di Kedah
terpaksa berhadapan dengan Tokong segala
Tokong iaitu Lim Guan Eng. Bak kata
seorang bekas pemimpin DAP, seseorang tidak tentu lagi akan selamat dengan menyembah begitu banyak tokong tetapi tidak
menyembah Tokong yang satu ini.
Jika
beginilah keadannya, nampaknya jika PR menjadi kerajaan, kita tidak mungkin akan
berpeluang menyaksikan pemerintahan Ulama, tetapi pemerintahan Tokong!



1:54 PM
xanax online xanax dosage extended release - xanax overdose pregnancy
4:15 AM
buy xanax online forum generic xanax pills look like - xanax alprazolam 0.5mg
4:42 AM
buy tramadol online tramadol hcl buy - just pills order tramadol online
7:46 PM
buy carisoprodol cheap carisoprodol 350 mg tabs - carisoprodol 350 mg information
11:53 PM
tramadol online no prescription tramadol xl - tramadol generic drug
10:51 PM
buy tramadol online tramadol online legal - buy tramadol online no prescription overnight
6:25 AM
generic xanax xanax bars effects - xanax side effects back pain
8:02 PM
buy tramadol online tramadol withdrawal 3 days - overdose amount of tramadol
4:03 AM
buy tramadol online tramadol hcl 50 mg generic ultram - tramadol codeine addiction
3:58 PM
buy cialis with paypal buy cialis online free shipping - cialis commercial 2012
4:23 AM
xanax 0.5mg xanax .5 side effects - xanax bars to buy
5:03 AM
cialis online cialis daily use cost - generic cialis will available
5:27 AM
xanax pill generic xanax 0.5mg pills - xanax online no prescription cheap
3:08 PM
http://blog.dawn.com/dblog/buy/#38179 buy tramadol online no prescription mastercard - buy tramadol c.o.d saturday delivery
4:11 AM
buy tramadol online tramadol hcl 50 mg get high - tramadol ultram 100mg
12:45 AM
ativan price ativan overdose symptoms children - where to buy ativan online no prescription
9:12 AM
http://ranchodelastortugas.com/#30416 regular dosage xanax - xanax side effects kidney
6:24 PM
order tramadol order tramadol online to florida - generic tramadol online
9:05 PM
cheap xanax xanax dosage- yellow bars - xanax withdrawal 5 days