Kerajaan BN Kejam .... Tiada Lagi `Ubat Percuma' Untuk Rakyat.....??


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Dasar Ubat Nasional (DUNAS) telah  menetapkan bahawa ubat-ubatan yang berkualiti, selamat, berkesan dan mampu dimiliki oleh orang ramai dapat diperolehi secara sama rata dalam meningkatkan tahap kesihatan semua.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Sirlin berkata,  Kementerian  Kesihatan dengan ini menafikan dakwaan oleh Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri yang menyatakan kementerian ini merancang dasar untuk menghentikan pengedaran ubat-ubatan perlu yang dinikmati secara percuma terutama kepada golongan yang berpendapatan rendah.

“Memang tidak dinafikan bahawa perbelanjaan kerajaan persekutuan untuk membiayai ubat-ubatan pesakit meningkat pada kadar 10% setiap tahun. Di antara punca kenaikan perbelanjaan ubat-ubatan adalah disebabkan oleh peningkatan bilangan kes-kes penyakit tak berjangkit (NCD) seperti kencing manis, kardio-vaskular, respiratori, kanser dan sebagainya. Kemajuan inovasi telah meningkatkan penggunaan ubat-ubatan baru yang lebih mahal menggantikan ubat sedia ada yang lebih murah. Pada tahun 2012, perbelanjaan ini telah mencecah  hampir RM1.8billion. Namun begitu, rakyat tetap dibekalkan ubat secara percuma di semua fasiliti-fasiliti KKM. 

Sehubungan itu sejak tahun 2012, maklumat kos ubat telah dilabel pada sampul ubat yang dibekalkan kepada pesakit di fasiliti-fasiliti KKM. Ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat dan kesedaran tentang kos ubat-ubatan yang disubsidi sepenuhnya oleh kerajaan agar pesakit menghargai dan mematuhi cara pengambilan ubat-ubatan secara betul untuk mencapai tahap kesihatan yang diharapkan tanpa pembaziran,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Kementerian Kesihatan sebagai pemegang amanah terhadap kesihatan rakyat akan terus memastikan setiap rakyat mendapat akses kepada kesihatan yang berkualiti secara adil dan saksama. Sebarang perubahan dasar tidak akan dilakukan tanpa perbincangan dan mengambilkira pandangan pihak-pihak yang berpentingan.

“Dakwaan oleh pihak pembangkang jelas membuktikan bahawa pihak pembangkang sanggup menyatakan apa sahaja demi meraih undi  walaupun perkara yang dinyatakan oleh pihak pembangkang merupakan fitnah semata-mata. Saya percaya bahawa rakyat bijak menilai antara kaca dan permata,” ujarnya yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.



Tapi Inilah UBAT Yang Bakal Ditawarkan oleh Anwar Ibrahim & Pakatan Rakyat Kepada Rakyat malaysia kalau mereka berkuasa …. Fikirkanlah …..

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment