Kembara Anak Muda Sayangi Selangor ......



Anak Muda di Selangor hari ini merasakan terpinggir apabila kerajaan negeri dilihat tidak memberikan layanan dan perhatian yang sewajarnya kerana gagal melaksanakan program yang berkesan untuk anak muda di Selangor.

Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd Zohdi berkata, mereka menerima banyak aduan dari anak muda di Selangor, malahan isu-isu yang ditimbulkan seperti isu perumahan anak muda, peluang pekerjaan anak muda, program pembangunan belia, peluang peerniagaan untuk anak muda langsung tidak dititik beratkan dalam dasar kerajaan negeri.

“Atas kesedaran tersebut pihak NGO dan Pemuda BN merancang untuk mengadakan program ‘Kembara Anak Muda Sayangi Selangor’.

Ianya merupakan sebuah program yang bertujuan membentuk jaringan di antara pemimpin muda dan anak muda di Selangor bagi merealisasikan agenda Sayangi Selangor, Yakini BN berteraskan semangat 1Malaysia.

Melalui program ini, pemimpin-pemimpin muda di Selangor berpeluang untuk memperjelaskan agenda Barisan Nasional (BN) Selangor dan peranan anak muda terhadap negara bagi mewujudkan semangat muhibbah yang bersatu padu yakni menjadi teras kepada kemakmuran ekonomi, politik dan kegemilangan negeri Selangor dan negara Malaysia,” ujarnya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini hari ini.

Tambahnya, selain itu, program ini akan menjadi landasan dan inspirasi anak muda di Selangor agar lebih berdaya saing dan berkeyakinan tinggi, kreatif dan berinovasi tinggi, serta mempunyai keperibadian yang unggul dan menjadi contoh kepada masyarakat amnya.

“Program ini akan menyediakan maklumat yang konstruktif yang boleh diserap sebagai rujukan untuk menambah pengetahuan bagi membantu anak muda di Selangor untuk mencipta masa depan yang lebih gemilang.

Program ini akan diselang-selikan dengan hiburan ringan, yang bakal menampilkan anak muda yang digelar “Vocal X” dan juga artis jemputan yang lain.

Program ini akan diadakan setiap hari Jumaat, pada jam 9 malam, setiap minggu sehingga pilihanraya umum ke-13 kelak. Program pertama akan diadakan di DUN Morib pada 11 Januari bertempat di Pekan Banting,” ujarnya yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Sungai Besar.

Entiti yang terlibat dalam program “Kembara Anak Muda Sayangi Selangor” ini ialah Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), PATRIOT Selangor, Majlis Belia Selagor (MBS), Graduan Muda Selangor, Pemuda  UMNO Selangor, Pemuda BN Selangor beserta kompenan BN yang lain serta Pergerakan Puteri UMNO Negeri Selangor.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment