Unisel Bakal Dibogelkan ..... ?? Khalid Brahim Tercabar ....



Seperti yang dijanjikan isu asrama Unisel yang sedang panas di Selangor dijadikan isu pertama pendedahan pembohongan kerajaan Khalid Gagap. Sebelum ini Unisel telah dikaitkan dengan bermacam-macam masalah semenjak pemerintahan kerajaan Khalid Gagap. Bermula dengan masalah perletakan jawatan Naib Canselor Datuk Dr Rosti Saruwono seorang ahli akademik yang bepengalaman dan juga isu perlantikan Pemangku Naib Canselor yang sehingga kini masih belum disahkan jawatannya.

Pendedahan Datuk Seri Noh Omar yang mendakwa Unisel kerugian jutaan ringgit juga antara salah satu masalah besar yang sehingga kini gagal dijawap sepenuhnya oleh pentadbiran Khalid Gagap. Lebih menarik pendedahan tersebut juga dimuatkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara. Jika dilihat secara terperinci jumlah kerugian yang didedahkan oleh Noh Omar tidak ada kekurangan walaupun 1 sen. Ini jelas menunjukkan bahawa setiap dakwaan yang dibuat oleh UMNO BN terhadap pentadbiran Khalid Gagap ada asasnya.

Terkini, isu penutupan asrama Unisel atas alasan tidak selamat diduduki berdasarkan laporan audit yang dijalankan oleh JKR kembali mencerminkan kelemahan mereka dalam menyelesaikan satu-satu masalah.Untuk makluman, kerja-kerja tanah yang dilakukan ketika awal pembinaan Unisel dijalankan oleh Talam sebuah syarikat yang di bail out oleh kerajaan Khalid Gagap.

Berdasarkan kepada perjanjian BOT yang ditandatangani bersama kontraktor Jana Niaga, mereka hanya bertanggungjawap untuk membina bangunan selepas kerja-kerja Talam siap dijalankan dan menjalankan kerja-kerja pengurusan dan selenggara.

Kita mungkin masih belum terlupa bagaimana kegagalan Unisel membayar duit pengurusan yang melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan, kediaman kakitangan dan juga kediaman pelajar yang mencecah RM1.5juta sebulan.

Baca seterusnya di sini
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

56 Komen

Post a Comment