PAS Akan Umum Keluar
Pakatan Rakyat? Suka atau
tidak, PAS perlu menerima hakikat kehadirannya dalam gabungan longgar pakatan
pembangkang, PR tidak membawa sebarang kesan signifikan yang bermanfaat untuk
kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini. Dalam banyak keadaan, PAS
lebih banyak beralah dan terpaksa menggadaikan prinsip perjuangannya sendiri semata-mata
untuk menjaga hati rakan sepakatan.
Di masa yang sama DAP dan
PKR berterusan menuntut PAS berubah mengikut corak yang mereka tentukan.
Demikian halnya dalam isu tuntutan kalimah Allah s.w.t untuk diguna pakai dalam
kitab Bible versi Bahasa melayu yang kembali dihangatkan oleh Setiausaha Agung
DAP, Lim Guan Eng semasa beliau menyampaikan perutusan Kristmas 2012 tempohari.
Gara-gara isu itu PAS bagaikan tersepit diantara keperluan menjaga
kesucian agama Islam dengan tuntutan politik PR. Bagaikan lembu yang dicucuk
hidung akhirnya PAS mengalah lagi dan menurut sahaja tuntutan itu untuk
dijadikan dasar rasmi PR. Berikutan desakan demi desakan bertali arus dari luar
dan dalam parti, PAS kemudiannya cuba menunjukkan kejantanannya kepada DAP dan
PKR dengan merubah semula keputusan dari setuju kepada sebaliknya.
Namun langkah PAS melalui Majlis Syura Ulamanya yang bersidang
pada 13 Januari 2013 itu bagaimanapun dipandang sepi seolah-olah tiada nilainya
di mata PR apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan PR tetap
berpegang pada keputusan 8 Januari 2013. "Isu Allah telah selesai dan
tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden Pas mengesahkan kedudukan Pas
dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia
adalah sama seperti pada tahun 2010. "Kami terikat dengan dasar-dasar
Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat.
Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang
kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," tegas
Azmin ketika sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas. Maksudnya,
apa sahaja keputusan Majlis Syura Ulama PAS, ia tidak mengubah pendirian PR
yang telahpun dipersetujui oleh Presiden PAS pada 8 Januari 2013 untuk
membenarkan orang bukan Islam khususnya penganut Kristian menggunapakai kalimah
Allah s.w.t dalam kitab Bible.
Pendirian PR seperti yang ditegaskan oleh Azmin itu tentunya
meletakkan PAS sekali lagi terumbang ambing dan serba salah, namun itulah
akibat yang perlu diterima bila mana PAS selama ini terlampau mendahulukan
kepentingan politik berbanding keutamaan pada agama. Menyedari situasi semasa
PAS dalam gabungan PR sudah sama seperti balaci dan pencacai yang sering diarah
itu dan ini, muncullah suara-suara lantang di kalangan kepimpinan PAS menuntut
parti itu mengambil keputusan tegas demi kepentingan agama dan maruah parti.
Golongan pendesak ini mahukan PAS segera keluar daripada gabungan
liberal PR dan kembali bergerak sendirian kerana percaya itulah langkah terbaik
untuk mengembalikan semula jatidiri PAS sebagai sebuah parti yang
memperjuangkan Islam. Mereka sudah selangkah di hadapan apabila desakan merubah
keputusan dan pendirian PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t sudah membuahkan
sedikit hasil.
Sekiranya desakan drastik yang diusulkan itu turut mendapat
sokongan meluas, berkemungkinan PAS bakal mengumumkan langkah drastik keluar
dari PR. Namun demikian, selama mana golongan pendesak perubahan ini mampu
bertahan sukar ditentukan memandangkan hampir di setiap peringkat kepimpinan
PAS dari bawah ke atas sebahagian besarnya sudah dikuasai oleh pemimpin PAS
yang berkiblatkan ideologi Anwarinas.
Sent from Yahoo! Mail for iPhone |
6:17 PM
pas hanya akan keluar pakatan sekiranya PR berjaya menang PRU13. Mereka berharap pd ketika itu mereka menjadi kuasa penentu dan akan dpt jwtn2 pnting dlm kabinet tmasuk jwtn PM dan kementerian2 penting.
7:01 PM
bijak bijak... kalau PR menang tapi tak PAS x dapat jawatan penting dlm kabinet, sudah pasti PAS boleh mengugut. Apa ugutan, lu pikir sendiri la.
9:11 PM
bolehh menang ke pas???? ....tgk gaya nak petahan kelate pon payahh...
pru12 dulu pas tak dak isu afif fahmi, lembang sirih, air keladak, pinjaman 600juta, tanah gua musang, kek nik aziz, tanah nga ngeh, video anwar, liwat anwar, ustaz saidi, mutaah 3 juta....
tipisssss bebb....
11:59 PM
seperti yang telah dikatakan oleh Nizar dahulu: "Tanda-tanda kejatuhan PAS disemua peringkat"