Telah dikatakan sebelum ini bahawa Zairil Khir Johari b. Abdullah
adalah simbol kebodohan DAP dan dakwaan tersebut kini sekali lagi terbukti
dalam kekecohan pemilihan CEC baru-baru ini.
Kisah lawak bodoh sombong DAP guna ‘Excel Spled-shit’ dan bukan ‘Excel
Spreadsheet’ untuk kira undi untuk memenangkan si Zairil ini wajib dilihat
sebagai penanda aras bagi slogan ‘cekap, amanah dan telus’ (CAT) yang
dilaungkan parti itu.
Kisah ini samalah dengan kisah PAS menggunakan ‘mental arithmetic’
untuk mengira Tabung Memali, saham Kohilal mahupun derma tin milo yang dikutip
dari ahli-ahlinya. Semuanya dikira di
dalam ‘mental’ sahaja, tanpa perlu rekod yang jelas. Akhirnya, keadaan menjadi kelam kabut
apabila ‘mental’ si tukang kira didapati sedikit terencat dan kurang stabil.
Apapun, kesungguhan DAP untuk memenangkan dan menonjolkan Zairil
sebagai wakil Melayu sedangkan beliau
bukan Melayu, dengan apa cara sekali pun termasuk cara kotor, menggambarkan ada
sesuatu yang lebih lagi dari sekadar bodoh, tidak telus, tidak cekap dan rasis
parti itu. Ia secara teknikalnya,
menggambarkan betapa puak-puak kiasu DAP ini menganggap orang-orang Melayu
keseluruhannya, adalah sama bodoh dengan mereka.
Inilah masalahnya dengan orang-orang bodoh, iaitu mereka tidak
sedar yang mereka bodoh.
Rakyat Malaysia sudah maklum bahawa Zairil bukan Melayu, dan tiada
setitik pun darah Melayu di dalam tubuhnya.
Bukan sahaja dari segi biologi dan fizikal, tetapi ‘jiwa’nya juga tiada
langsung jiwa Melayu. Secara dasarnya,
orang Melayu akan menerima bangsa apa saja sebagai Melayu sekiranya mereka
mempunyai jiwa Melayu selain beragama Islam.
Orang Melayu, terutama orang Alor Setar apatah lagi seperti
penulis, yang mana sejarah keluarga menyusur sehingga ke kawasan yang diberi
nama Kanchut, sedia maklum akan sejarah keluarga Tan Sri Khir Johari yang juga
tinggal di kawasan yang sama. Beliau berkahwin
dengan Puan Sri Kalsom Abdul Rahman (Che Tom) pada tahun 1943 dan mempunyai 7
orang anak.
Selepas Che Tom meninggal pada 20 September 1994, Tan Sri Khir
telah berkahwin dengan Puan Seri Christine Lim pada February 1996.
Ketika dikahwini, Puan Seri Christine adalah seorang janda dan
telah pun mempunyai dua orang anak dari perkahwinan terdahulu dengan seorang
Cina. Salah seorang anaknya diberi nama
Zairil Khir Johari, iaitu nama Islam dengan mengambil nama suaminya yang
baru. Pada masa perkahwinan kedua ibunya
ini, Zairil telah pun berusia 13 tahun.
Oleh itu jelaslah bahawa Zairil adalah Cina seratus peratus.
Tan Sri Khir meninggal dunia pada tahun 2006 yang mana pada waktu
itu Zairil berusia 23 tahun dan sedang belajar di luar negara.
Sifat semulajadi kaum Cina yang mementingkan harta dan wang
nampaknya kekal dalam diri Puan Seri Christine walaupun telah memeluk
Islam. Sifat inilah yang mendorong
kepada perebutan harta di antara keluarga baru Tan Sri Khir dengan anak-anaknya
dengan arwah isterinya yang pertama.
Kes perebutan harta ini menimbulkan kejanggalan dan kejutan di kalangan
masyarakat kerana melibatkan harta PUSAKA milik Puan Sri Kalsom. Apa yang berlaku ialah keluarga baru Tan Sri
Khir telah berusaha untuk mendapatkan hak dalam harta pusaka arwah isteri
pertamanya. Dalam kes ini, Tan Sri Khir
menamakan semua anak-anaknya dengan arwah Puan Sri Kalsom sebagai defendan,
iaitu Rosita, Prof. Amir, Roselina, Juanita, Nazli dan Mazita, Haizan.
Kita tidak berhak untuk mengulas mengenai kes ini. Tetapi, apapun, kes ini wajar dijadikan
sandaran untuk menilai sikap dan jiwa Zairil.
Lazimnya, anak seperti Zairil dari keluarga yang bercerai dan ibunya
berkahwin semula pasti mempunyai hubungan yang rapat dengan si-ibu serta mudah
menerima nilai-nilai hidup yang diterapkan oleh si-ibu. Justeru, jika nilai
keCinaan yang pentingkan harta dan wang yang ditonjolkan oleh si-ibu maka nilai
itulah juga yang dipegang oleh Zairil selama-lamanya.
Ini terbukti bila Zairil sendiri, di dalam wawancara-wawancara
sebelum ini, begitu megah mencanangkan bahawa arwah bapanya, bukan seperti UMNO
lain kerana lebih ‘selesa’ bersama bangsa ibunya. Dalam kata lain, tidak seperti Melayu lain,
kerana lebih selesa bergaul dengan Cina.
Kita tidak mampu menilai di mana kedudukan arwah Tan Sri Khir
Johari dari segi jiwa Melayunya. Namun,
kita dapat menilai kedudukan Zairil dengan jelas iaitu bahawa Zairil bukan
sahaja tidak ada langsung jiwa Melayu, malah memandang rendah terhadap bangsa
Melayu.
Walaubagaimanapun, DAP nampaknya terus menganggap yang orang
Melayu tidak dapat membaca taktik mereka yang cuba mengaburi mata kita dengan
nama Melayu yang digunakan Zairil.
Namun, apa yang tidak disedari mereka ialah taktik ini hanya mengesahkan
lagi betapa rasisnya DAP sehinggakan untuk mewakili Melayu pun, mereka tidak
sanggup meletakkan seorang Melayu, tetapi seorang Cina dari keturunan yang
tamak haloba.
Oleh itu, apa kita boleh harap dari si anak Cina Zairil ini
lakukan untuk kita, orang-orang Melayu atau rakyat keseluruhan di bawah
DAP? Sudahlah rasis dan korup, serta
bodoh pula…sehinggakan untuk mengira undi yang hanya 2000-3000 ribu pun habis
lintang pukang jadinya.
12:25 PM
blh ke dpt nama asal Zairil yg d kt bkn Melayu tu.apa nama cinanya?pastu klo btoi dia cina sumbat mulut Guan Eng DAPig.