BN Lancar Aplikasi Telefon Radio Selangor BN.fm



Radio Selangor BN.FM yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 17 Januari 2013 yang lalu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, sehingga kini, pendengar Radio Selangor BN.FM telah mencecah sehingga 80,000 orang. Bagi meluaskan lagi akses kepada radio Selangor BN.FM ini, Barisan Selangor dengan sukacitanya melancarkan aplikasi untuk pengguna telefon pintar.

“Aplikasi ini boleh dimuat turun di telefon pintar dengan platform iOS untuk pengguna Iphone dan Ipad, pengguna Android, Windows dan Blackberry.

Aplikasi ini boleh dimuat turun dengan menaip ‘selangorbnfm’ di ruangan appstore ataupun google play seterusnya install ke dalam telefon pintar,” ujarnya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Tambahnya, sehingga kini, walaupun belum dilancarkan, terdapat lebih dari 100 individu yang telah memuat turun aplikasi tersebut dan Barisan Nasional mensasarkan sehingga 200,000 muat turun menjelang akhir bulan Februari ini.

“Radio SelangorBN.FM juga akan menemuramah pemimpin-pemimpin politik utama di Selangor ini untuk mengupas pelbagai isu  menarik.

Sessi temuramah bersama peminpin  ini turut  akan dimaklumkan juga kepada pihak media untuk liputan media masing-masing,” tambahnya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment