Propaganda Pilihanraya Sudah Lama Jerat Leher Pembangkang Sendiri – Jais


Pakatan pembangkang telah tersalah perkiraan dalam menjangkakan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 sehinggakan taktikal mereka dalam politik menjerat diri sendiri, kata Ahli Dewan Undangan Mahkota, Jais Sarday.

Katanya, sebelum ini pakatan pembangkang menjangkakan bahawa PRU akan berlangsung pada penghujung tahun 2011 sehinggakan mereka melaksanakan perhimpunan jalanan atas nama Bersih 2.0 pada bulan Julai tahun terbabit namun jangkaan tersebut meleset.

“Kemudiaannya mereka mewujudkan khabar angin PRU akan berlangsung pada pertengahan tahun kemudiannya dan Bersih 3.0 diadakan pada April 2012 namun malangnya ia juga tidak benar dan perhimpunan rakyat bangkit dilaksanakan awal tahun ini atas tujuan untuk wujudkan provokasi menjelang PRU tetapi tidak ada sambutan,” katanya.

Jelasnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Kluang, apabila pakatan pembangkang mencanangkan akan membubarkan DUN negeri yang ditadbir mereka lebih awal maka sebenarnya ia bersifat acah-acah saja sebagai satu lagi provokasi pakatan pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN).

“Kita lihat di Selangor, sudah berkali-kali Menteri Besarnya memaklumkan akan membubarkan DUN lebih awal tapi sehingga sekarang ia tidak berlaku kerana ternyata mereka sendiri tidak berani bertindak apatah lagi melaksanakan PRU antara Parlimen dan DUN secara berasingan. Ini ditambah lagi dengan konflik dalaman pakatan pembangkang sendiri maka kata-kata bubar DUN awal cuma satu lagi sandiwara mereka.

“Pakatan pembangkang sudah kehabisan modal dalam menyerang kepimpinan BN terutamanya banyak perancangan yang dijanjikan oleh Perdana Menteri ditunaikan dengan baik dan jika dibandingkan dengan pakatan pembangkang, jangankan untuk tunaikan janji tapi untuk selesaikan masalah rakyat pun gagal.”

Ujarnya, pakatan pembangkang melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada kerajaan yang dibuat secara berterusan antaranya pelbagai tohmahan termasuk dalam konspirasi politik kepada kepimpinan tertinggi parti dan ahli keluarganya, memburukkan sistem pertahanan negara dengan kononnya kapal selam yang dibeli rosak, kakitangan polis mencukupi dan terbaru membuat tuduhan kerajaan bankrap.

“Ini semua dilemparkan dengan harapan anggota jentera BN akan terpengaruh dan hilang fokus terhadap agenda parti sedangkan realitinya kita sentiasa melaksanakan amanah parti tanpa mengambil kira berkaitan telatah pakatan pembangkang.

“Mereka mengatakan negara bankrap kerana mahu mempengaruhi pemikiran rakyat apatah lagi dengan pelbagai bantuan dari kerajaan sebagaimana BR1M, KR1M, bantuan persekolahan RM100, bantuan baucer buku dan macam-macam lagi yang telah disalurkan untuk kali kedua.

“Tahun lalu ketika mula-mula bantuan tersebut diberi pakatan pembangkang melemparkan tuduhan kononnya kerajaan beli undi menjelang PRU tapi PRU tidak ada dan bantuan ini diteruskan malah ditambah lagi dengan BL1M, kad siswa 1Malaysia, baucer buku dinaikan RM50 lagi, bantuan kepada golongan belia dan macam-macam lagi.”

Tegasnya, ini membuktikan bahawa kerajaan tidak melaksanakan dengan main-main sebagaimana pakatan pembangkang sedangkan amat memalukan apabila pembangkang yang melemparkan tohmahan ini turut menerima dan mengambil bantuan yang disalurkan kerajaan.

“Mereka ini tak tahu malu, kutuk dan fitnah macam-macam kepada kerajaan sedangkan mereka sendiri ambil duit yang disalurkan. Terbukti BN telus dan tidak pilih kasih kerana bantuan diberikan tanpa mengambil kira ideologi dan fahaman politik waima mereka yang mencerca kepimpinan BN sekalipun.

“Sejak pelbagai bantuan disalurkan oleh kerajaan tahun lalu hinggalah hari ini, saya tidak pula dengar ada ADUN atau Ahli Parlimen dari pakatan pembangkang yang memulangkan wang tersebut kerana pastinya mereka ini ada mempunyai anak-anak bersekolah yang mana turut mendapat RM100 setiap murid. Bermakna mereka juga sebenarnya gembira dengan dasar yang dilaksanakan BN.”

Sumber- MediaUMNO
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment