Beberapa hari
kebelakangan ini ramai rakyat Selangor yang kelihatan tersenyum sumbing dan
saling bergelak ketawa sesama sendiri yang jika dilihat dari jauh tanpa mengetahui
hujung pangkal cerita, orang lain yang melihat tentunya kehairanan.
Sebenarnya
kebanyakan rakyat Selangor tika ini sibuk memperkatakan lawak terbaru yang
dipersembahkan oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim yang baru-baru ini telah
buang tabiat mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dibubarkan
selepas perayaan Chap Goh Mei.
Menurut Khalid,
pembubaran awal DUN itu akan dilakukan seandainya Perdana Menteri, Dato' Seri
Najib Tun Razak masih tidak menetapkan tarikh pembubaran Parlimen di peringkat
Pusat.
Kononnya dengan
berbuat demikian, maka Khalid bermimpi sekiranya tiba-tiba PM membubarkan
Parlimen pada akhir Februari 2013 maka bolehlah beliau mendakwa Kerajaan Pusat
telah tunduk kepadanya.
Padahal, soal bila
PM mahu mengumumkan pembubaran Parlimen patutnya tidak perlu dirunsingkan oleh
Khalid. Jika sudah tidak sabar sangat, kenapa tidak sekarang Selangor
membubarkan DUN?
Bubar awal,
serentak atau sebaliknya, tidak menjadi masalah bagi BN, mana-mana satu tetap
memberi manfaat tersendiri kerana senario politik semasa sememangnya sudah
memihak kepada BN. Tumpuan BN sekarang untuk memastikan waktu yang tepat supaya
majoriti dua pertiga yang selesa di Selangor dan dua pertiga yang kukuh di
peringkat Pusat benar-benar menjadi realiti.
Namun demikian,
disebalik pengumuman Khalid itu selang sehari dua kemudiannya Ketua Umum PKR,
Anwar Ibrahim pula mengeluarkan kenyataan belum ada kata putus untuk melakukan
pembubaran DUN berasingan dari Parlimen. Tak pasal-pasal Khalid malu sendirian
kerana mendahului ketuanya.
Bagi khalayak
ramai pula, pengumuman MB selangor itu dilihat umpama lelucon politik yang
sudah berulang kali diulang siarannya lebih-lebih lagi ia diwar-warkan ketika
sebahagian pemimpin PR sibuk mempertikaikan ketelusan senarai daftar pemilih
SPR serta keadilan perjalanan pilihanraya yang diuruskan olehnya.
Tambah menggelikan
hati khalayak bila mana kesediaan Khalid untuk membubarkan DUN bagi membolehkan
pilihanraya negeri dilaksanakan secara berasingan dengan Parlimen itu timbul tatkala
ramai rakyat negeri ini menuntut Kerajaan PKR Selangor menunaikan pelbagai
tunggakan janji yang belum ditepati.
Nampak sangat
pengumuman itu hanyalah satu usaha untuk mengalih tumpuan umum disamping
bertujuan mengelakkan Kerajaan Negeri pimpinan PKR dapat lari dari tuntutan
rakyat. Jika Khalid fikir pengumumannya itu menyebabkan rakyat lupa janji PRU
12 2008 yang gagal dilunaskan oleh PR, memang silap besar.
Tapi itulah
kenyataannya, sudah menjadi satu tabiat semulajadi para pemimpin PR bila masuk
bab berjanji merekalah yang ke depan, bila tiba masa rakyat menuntut janji,
macam-macam alasan diberikan untuk mengelakkan diri dari menepatinya.
Selagi segala
janji belum ditepati, usahlah Khalid mahupun PR mengharapkan keajaiban tambahan
pula disaat kedudukan dan imej PR di Selangor tika ini semakin merudum pada
pandangan umum.
Jika PRU 13 nanti,
PR dapat mengekalkan sekurang-kurangnya 20 kerusi DUN itu sudah dikira bernasib
baik, untuk dapat lebih dari angka itu, bolehlah PR sekadar bermimpi sahaja disiang
hari.....
0 Komen