Janji Manifesto Pilihan Raya: Jangan Menipu Rakyat, Jangan Perdaya Penguna Untuk Meraih Undi - PPIM



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di negeri itu sebagai satu kemenangan moral kepada rakyat dan golongan pengguna di negeri itu.

Aktivitis Pengguna PPIM, Mohd Mustaffa Hamzah berkata, kita melihat sebelum ini kerajaan pakatan pembangkang pada PRU12 yang lalu menaburkan pelbagai janji untuk memenangi hati rakyat, namun selepas menang dan mengambil alih kepimpinan khususnya di Selangor, kerajaan pakatan ini gagal untuk melaksanakan semua janji yang ditaburkannya.

“Akhirnya kita melihat pakatan ini hanya menabur janji sekadar untuk memperdaya rakyat, memperdaya pengguna dalam memastikan mereka memperolehi kuasa.

Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku, kerana sebagai pemimpin yang kita anggap pejuang, sepatutnya menjadi pembela kepada rakyat, mereka sepatutnya berjanji sesuatu yang boleh ditunaikan, bukannya menjanjikan sesuatu semata-mata untuk dijadikan modal meraih sokongan rakyat untuk memilih mereka,” ujarnya mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di Selangor semalam.

Tambahnya, apabila mereka memperolehi undid an mengambil-alih pentadbiran kerajaan negeri Selangor, janji tinggal janji dan apa yang dijanjikan dalam manifesto mereka dalam PRU yang lepas, diperlekehkan dan dibiarkan begitu sahaja.

“Saya melihat ini sebagai satu tipu helah dan tipu daya kepada pengundi dan pengguna, perkara ini amat mengaibkan, tidak berintegriti dan tidak beretika.

Sebab itu kita dari PPIM mengharapkan agar mana-mana parti politik yang mahu bertanding khususnya menjelang PRU13 nanti menjanjikan ‘langit dan bintang’ dalam manifesto mereka, sebagai janji semata-mata meraih undi.

Setiap janji yang mereka lafazkan, yang mereka tuliskan mestilah termeterai selepas mereka berkuasa. Harapan kita juga kepada semua ahli politik, parti politik yang bakal bertanding pada PRU yang akan datang, pastikan janji yang mereka buat itu, mestilah janji yang boleh ditunaikan,” tambahnya.

Sehubungan dengan itu, PPIM tidak mahu ada pihak, pengguna yang terpedaya, rakyat diperlekehkan yang akhirnya ahli-ahli politik ini terus berkuasa untuk diri mereka sendiri, rakyat terbiar dan pengguna diperbodohkan atau diperbudak-budakkan.

“Perkara ini tidak harus dibiarkan berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini,”.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. hanya rakyat yang buta hati dan taksub je yg percaya manifesto PRU pembangang akan datang..ingat manifesto bukan janji itulah kata MB SELANGOR PALING LOSER DALAM SEJARAH MB MALAYSIA

  2. Anonymous
    11:20 PM

    Loser pun Selangor jadi penyumbang 23% KDN Negara...Nak harap Melaka... hampeh...

  3. Anonymous
    11:22 PM

    Minggu lepas balik Bagan Datoh... penduduk situ senaraikan 20 janji pilihanraya semenjak awal 2000 lagi yg tak ditunaikan... bagus penduduk Bagan Datoh.... tak saman pulak...

Post a Comment