15 Januari lalu,. Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Prof.
Dato’ Wira Dr. Jamil Osman mengumumkan dalam satu sesi Taklimat Perpindahan ke
Kampus Kuala Ketil yang diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah,
bahawa staf dan pelajar KUIN dari kampus Mergong, Stargate dan Sungai Petani
akan mula dipindahkan ke kampus tetap
KUIN Kuala Ketil secara berperingkat.
Bagaimanapun, ia hanya melibatkan Kulliyyah Muamalat, Hospitaliti &
Perkhidmatan Halal dan Multimedia & Kreativiti. Beliau turut menyatakan bahawa KUIN kini
dalam usaha menyediakan asrama pasang siap yang dapat menempatkan
sekurang-kurangnya 1600 pelajar.
Daripada kenyataan berikut, tampak seolah-olah KUIN tidak
mengalami sebarang masalah. Sedangkan,
hakikatnya, KUIN sedang berhadapan dengan masalah kewangan dan pentadbiran yang
meruncing.
Pada 31 Oktober 2012, KUIN telah diperintahkan oleh Mahkamah
Tinggi Alor Setar untuk membayar RM1.599 juta kepada Syarikat Shake Cuisine Sdn
Bhd. Syarikat tersebut bertanggungjawab
menyediakan perkhidmatan kediaman dan pengangkutan kepada 300 pelajar Insaniah
di cawangan Insaniah Sungai Petani bagi tempoh tiga tahun bermula Januari 2009
hingga Disember 2011 dengan kadar bayaran ditetapkan dalam perjanjian sebanyak
RM200 sebulan untuk setiap pelajar.
Walaubagaimanapun, KUIN telah gagal memenuhi terma perjanjian
dengan sempurna sehingga menyebabkan syarikat tersebut kerugian apabila
terpaksa menanggung kos sewa rumah, pembelian barang-barang dan lain-lain kos
berkaitan.
Oleh itu, pada Mac 2012, Pengarah Urusan Shake Cuisine telah
membuat tuntutan di mahkamah terhadap KUIN untuk baki bayaran dalam kontrak,
RM200,000 bagi kerugian kos bayaran sewa stor barang serta kerugian akibat
tidak dapat meneruskan perniagaan lain berjumlah RM1,259,939 selain faedah pada
kadar lapan peratus setahun, kos dan lain-lain relief yang semuanya membawa
kepada jumlah RM1.599 juta.
Dengan masalah yang sebegini besar, kita hairan bagaimana Rektor
KUIN dan kerajaan negeri masih boleh bertenang dan bersikap seolah-olah tiada
apa-apa berlaku.
Masalah KUIN bukannya kecil, dan telah pun didedahkan secara
besar-besaran, termasuk tunjuk perasaan oleh kakitangan KUIN sendiri. Masalah kewangan yang disebutkan di atas
hanyalah ‘lanjutan’ dari masalah pentadbiran yang amat parah berikutan amalan
kronisme dan korupsi terang-terangan di kalangan pemimpin atasan. Kronisme berlaku dalam bentuk rangkaian di
mana kroni tersebut juga turut melakukan nepotisme dengan melantik rakan dan
ahli keluarga termasuk isteri dan abang serta menantu, kakak dan lain-lain lagi
yang tidak punya kelayakan, pengalaman, pengetahuan malah masalah pendengaran
juga, yang mana menyebabkan pentadbiran tidak dapat dijalankan dengan baik
dan kelam kabut.
Semua masalah ini telah dilaporkan secara bertulis, antaranya,
Rektor tidak hadir tanpa cuti sakit melebihi 75 hari tetapi tidak dikenakan
tindakan atau potongan gaji sepertimana yang tertakluk dalam kontrak. Rektor juga menubuhkan syarikat Insaniah
Holdings kononnya untuk menjana pendapatan bagi mengelak dari terlalu
bergantung kepada kerajaan negeri tetapi Rektor kemudiannya melantik kroninya
sebagai pegawai-pegawai syarikat ini dengan memberi gaji yang terlalu tinggi
iaitu RM4,000 – RM35,000 tidak termasuk kemudahan-kemudahan serta elaun lain sedangkan
skop kerja dan prestasi yang ditunjukkan adalah tidak setimpal.
Lebih dahsyat, ada di antara kroni yang dilantik pernah disabitkan
kesalahan jenayah kewangan oleh Suruhanjaya Sekuriti yang membawa akibat
penjara 12 bulan, diberi tugas untuk mengurus kewangan. Selain itu, terdapat juga kroni yang terlibat
dalam pecah amanah dalam mengendalikan wang yuran kursus perbankkan Islam di
Thailand dan juga Kedutaan Nigeria. Beliau
juga turut diberikan tanggungjawab dalam bidang kewangan.
Insaniah Holdings tidak pernah menjana kewangan jauh sekali meraih
keuntungan tetapi kakitangannya telah menerima bonus dari peruntukan kerajaan
negeri.
Masalah pentadbiran ini membawa kepada masalah kewangan yang
bertimpa-timpa dan berlarutan serta berganda.
Semakin lama mereka-mereka yang kotor dan korup ini dibiarkan menerajui
KUIN, semakin parahlah kedudukan kewangan KUIN.
Pendek kata, sesiapa sahaja pasti akan terduduk terkejut jika
meneliti setiap masalah yang sedang dihadapi oleh KUIN seperti yang dilaporkan
secara bertulis oleh kakitangan KUIN kepada Menteri Besar Kedah di dalam surat
yang didedahkan oleh beberapa blogger Kedah, di mana surat tersebut mempunyai
bukti penerimaan dari Pejabat Menteri Besar pada 12 Jun 2012. Namun, yang
menghairankan, Menteri Besar Kedah serta keseluruhan pentadbiran negeri Kedah,
telah bertindak memekakkan telinga dan memejamkan mata.
Tidak cukup dengan masalah di dalam KUIN sendiri, perlantikan
kontraktor untuk kampus baru juga dilakukan secara tidak telus dan pembinaannya
juga terdapat unsur-unsur penipuan atau manipulasi di mana pelan asal yang
mempunyai asrama, cafeteria dan dewan kuliah ‘bertukar’ menjadi dewan kuliah
dan taman perumahan, iaitu Taman Insaniah untuk disewa oleh para pelajar. Kafeteria dan asrama, telah ditiadakan tanpa
alasan munasabah.
Masalah KUIN sahaja sudah cukup untuk menjejaskan kewangan Kedah,
dan ini belum lagi termasuk masalah-masalah lain di dalam anak syarikat
kerajaan negeri yang membabitkan jutaan ringgit yang dibazirkan atau lesap begitu
saja. Oleh itu, kita dapat memahami
kenapakah kerajaan negeri langsung tidak menunjukkan prihatin terhadap apa jua
yang didedahkan?
Apakah benar Menteri Besar Kedah begitu pekak dan buta? Apakah benar keseluruhan pentadbiran Kedah
begitu bodoh dan bebal? Atau apakah
mereka sebenarnya sedar dan sengaja membiarkan semua masalah ini
berlarutan?
Mungkinkah mereka sudah puas memegang jawatan? Atau, mungkinkah mereka sememangnya berniat
untuk mengaut sebanyak yang mungkin melalui kroni mereka sebelum melepaskan
semula Kedah kepada Barisan Nasional dalam PRU kali ini?
Nampaknya, slogan Kedah Sejahtera sebenarnya hanyalah untuk kroni-kroni
pemimpin PAS Kedah sahaja.
0 Komen