Dalam isu terbaru Deepak Jaikishan berkenaan dengan pendedahan
beliau terhadap apa yang gagal dilakukan oleh SUARAM, kisah berkenaan 'kaitan
Perdana Menteri dan isteri terhadap pembunuhan seorang model dari Mongolia yang
dikatakan sebagai penterjemah bagi 'skandal 'transaksi pembelian kapal selam
Scorpene, Altantuya, Deepak telah membuat pendedahan tergempar terhadap bekas
penganalisa politik yang yang digugurkan dari menjadi suspek utama dalam kes
pembunuhan tersebut, Razak Baginda, atas alasan beliau mandul.
Razak Baginda didakwa mempunyai hubungan sulit bersama Altantuya.
Namun, tiada bukti yang dapat ditunjukkan bagi mengesahkan perkara tersebut.
Mungkin pada Deepak, mendedahkan nama Razak baginda dan memalukan
beliau adalah sesuatu yang perlu dilakukan kerana hanya perkara tersebut yang
boleh mengaitkan pembunuhan Altantuya, dengan Perdana Menteri.
Mungkin Deepak lupa bahawa Razak Baginda telah berkahwin dan
mempunyai seorang anak perempuan. Deepak mungkin boleh berkata bahawa Razak
Baginda baru sahaja mengalami masalah tersebut kerana anak beliau dilahirkan
pada tahun 1987.
Namun, ini masih tidak memberi sebarang jawapan terhadap dakwaan
Deepak.
Mengapa Deepak masih lagi mahu membuat pendedahan-pendedahan ini
walaupun segala masalah beliau di mahkamah tentang masalah perniagaan beliau
sudah selesai? Mungkin Deepak masih mahukan sesuatu, jika tidak, mengapa Deepak
menyambung kerja-kerja yang gagal dilakukan oleh SUARAM?
Bagaimanapun, terdapat beberapa komen daripada pemerhati-pemerhati
kes Deepak di mahkamah yang mungkin dapat memberikan kita jawapan jelas. Ramai
yang mendakwa bahawa Deepak kelihatan tertekan, hilang arah dan tidak selesa.
Ada juga yang mengatakan bahawa Deepak mungkin mengalami masalah tekanan kerana
kehilangan jumlah wang yang banyak.
Namun, jika kita lihat kembali kepada Deepak, mungkin kita dapat
tahu mengapa beliau membuat dakwaan mandul terhadap Razak Baginda.
Deepak Jaikishan a/l Jaikishan Rewachand kini berumur 40 tahun.
Sebelum perniagaan beliau mengalami masalah besar, beliau dikatakan sebagai
seorang yang berjaya, datang dari keluarga yang berpengaruh dalam pembangunan
dan pelaburan hartanah. Telah dilaporkan bahawa dibawah pimpinan Deepak,
kedua-dua syarikat beliau, Carpet Raya Sdn Bhd dan Tek Holding Sdn Bhd (syarikat
pembangunan dan pelaburan hartanah), berjaya menjana wang hingga
berbilion-bilion. Bursa Malaysia meyatakan, dari tahun 2000 hingga 2009, Deepak
berjaya menyiapkan projek-projek pelaburan hartanah yang berjumlah kira-kira
RM3 billion.
Bagi industri permaidani pula, Deepak telah berjaya membuka dan
mengambil alih kilang pembuatan terbesar di Malaysia yang dikenali sebagai
Mulia Carpet Sdn Bhd.
Pada tahun 2000, unit pembuatan ini dikatakan sebagai satu-satunya
kilang pembuatan yang menghasilkan benang permaidani sendiri. Pada tahun 2003,
Deepak telah membuka sebuah kilang pembuatan (Premier Weavers) yang mempunyai
teknologi menenun yang terkini di Malaysia. Deepak telah berkecimpung dalam
industri permaidani selama 15 tahun.
Dengan segala kejayaan yang dikecapi, hanya satu perkara sahaja
yang masih belum cukup untuk Deepak, seorang wanita. Deepak adalah seorang
usahawan berjaya yang masih bujang.
Jika kita lihat pada logik, Deepaklah yang sebenarnya mempunyai
masalah 'dalaman', bukannya Baginda. Menuduh Baginda dengan mengatakan bahawa
beliau mandul kelihatan seperti Deepak hanya menipu diri sendiri.
Jika perkara ini benar, ini bukanlah pertama kali pihak
Pembangkang mengupah orang yang mempunyai masalah mental untuk mambantu mereka
menipu rakyat. Raja Petra Kamaruddin, individu yang dipercayai telah menulis
skrip terhadap kes pembunuhan ini, juga dikatakan mempunyai masalah mental
ketika beliau muda. Bagaimanapun, Raja Petra
telah membuat U-turn terhadap perkara yang sedang diceritakan oleh
Deepak.
Terdapat juga kemungkinan mengapa seorang ahli perniagaan yang
berjaya ini masih lagi bujang, mungkin Deepak tidak mempunyai sebarang minat
terhadap wanita, mungkin Deepak adalah seorang homoseksual.
Mungkin ini juga kebetulan, Pembangkang juga sering mengupah
golongan gay untuk melakukan kerja-kerja mereka. Ini mengingatkan kita terhadap
Hakim V.T. Singham yang dikenali sebagai penyokong pembangkang kerana sering
membuat keputusan yang berat sebelah dan sering memihak kepada pihak
pembangkang. Sama seperti Deepak, Hakim V.T. Singham juga berada pada peringkat
umur yang sama, dan juga masih bujang.
0 Komen