Kecewa Jabatan Insolvensi ‘Larikan Diri' Hadir Forum Muflis@Bankrup

Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno (BePU) melahirkan rasa kecewa terhadap Jabatan Insolvensi Negara apabila tidak hadir pada forum Muflis @ Bankrap... Anda masih ada peluang kedua.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, BePu serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain telah mengikut tarikh yang diberikan jabatan itu tetapi menerima berita tidak hadir pada saat akhir.

Menurutnya, sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan, jabatan itu seharusnya berani tampil mendengar rintihan dan keluhan mangsa muflis @ bankrap.

"Forum ini dibuat bukan untuk kepentingan kami sebaliknya ia memberi ruang kepada Jabatan Insolvensi untuk memudahkan mereka mendekati mangsa muflis @ bankrap.

"Tarikh dan waktu diberikan oleh Jabatan Insolvensi sendiri. Tetapi, kami hanya dimaklumkan ketidakhadiran wakil mereka menerusi kiriman faks pada hari Jumaat lalu kira-kira jam 5 petang," katanya semalam.

Katanya, sejurus menerima faks tersebut, BePu gagal mendapatkan Jabatan tersebut memandangkan waktu bekerja sudah tamat.

"Inilah yang dikesalkan. Ramai yang mahu bertemu dengan mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hal-hal bankrap @ muflis.

"Jadi, Jabatan Insolvensi sudah rugi kerana tidak dapat mendekati golongan ini. Mereka sepatutnya hadir bagi mendengar idea-idea bernas dan relevan untuk membantu pindaan," katanya.

Ketika ditanya apakah tindakan susulan terhadap agensi itu, Sohaimi beekata pihaknya akan menghantar surat kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN).

"BePu akan bertindak tegas dalam hal-hal sebegini. Kami akan menghantar surat untuk memaklumkan kepada KSN.

"Kami akan menyarankan kepada KSN supaya meletakkan pegawai-pegawai tinggi yang benar-benar menjiwai dan memberi nafas kepada agensi seterusnya lebih efektif," katanya.

Forum Muflis @ Bankrap... Anda masih ada peluang kedua yang diadakan semalam berjaya mengumpulkan hampir 40 resolusi untuk membantu golongan muflis @ bankrap.

Resolusi tersebut juga telah diserahkan kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai di hadapan lebih 500 peserta yang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

39 Komen

Post a Comment