Ramai
tertanya-tanya apa muslihat Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat sanggup menyambut
harijadinya ke 82 bersama Karpal Singh.
Agak
ganjil dan janggal melihat seorang yang digelar ulama dilihat menyambut satu
perayaan peribadi yang bersifat kebaratan malah mempunyai unsur-unsur kekufuran
dan bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW.
Bukankah
pada usia yang sudah dikatakan lanjut seorang agamawan seperti Nik Aziz
sepatutnya menunjukkan tauladan serta akhlak yang berasaskan kepada moral Islam
terutamanya kepada golongan muda dan belia?
Sebaliknya
Menteri Besar Kelantan itu memilih untuk memotong kek ulangtahun kelahirannya
dengan seorang yang bukan Islam.
Lebih
molek jika Nik Aziz menganjurkan majlis keagamaan seperti doa selamat
kesyukuran atau berzanji dan atas kurnia
ALLAH SWT yang telah mengurniakannya umur yang oanjang dan tubuh badan yang
sihat.
Mungkin
pada pandangan Nik Aziz menyambut harijadi dengan seorang kafir seperti Karpal
lebih afdal daripada menghidupkan Sunnah Nabi SAW yang membawa agama Islam.
Mengapa
Nik Aziz sanggup membelakangkan tradisi Islam dalam menyambut harijadinya yang
merupakan satu perkara yang sepatutnya enteng dan tidak mempunyai nilai
kerohanian bagi seorang yang digelar Tok Guru oleh pengikut-pengikutnya?
Nik
Aziz sebenarnya berselindung di sebalik majlis tersebut untuk bertemu Pengerusi
Kebangsaan Dap itu atas alasan mengeratkan kerjasama politik di antara Pas dan
parti cauvinis Cina itu.
Di
permukaan penyokong-penyokong kedua-dua parti seolah-olah melihat wujud
perpaduan erta serta kefahaman yang mendalam antara Pas dan Dap.
Bagaimanapun
jika diteliti dengan lebih dekat apa yang berlaku adalah hanya wayang kulit
yyang dimainkan oleh Nik Aziz dan Karpal.
Semua
yang ada mata dan telinga serta fikiran yang waras sedar bahawa terdapat
perbezaan yang kronik dan serius antara mereka.
Perselisihan
faham antara Pas dan Dap melebar bukan sahaja setakat perbezaan ideologi tetapi
landasan perjuangan yang amat berbeza.
Tidak
ada persamaan antara kedua-dua buah parti kecuali permusuhan dan kebencian
mereka terhadap UMNO dan Barisan Nasional tetapi selain daripada itu,
perkahwinan politik mereka adalah seperti gandingan ayam dan itik.
Jadi
agak hebat juga lakonan dua orang yang umur gabungan mereka berjumlah lebih 150
tahun atau satu setengah abad!
Kerjasama
Pas dan Dap pada hakikatnya adalah seperti retak menunggu belah kerana
bila-bila masa sahaja lagi apabila Pilihan Raya Umum ke 13 diumumkan Perdana
Menteri, imej hipokrit dan bermuka Pas dan Dap sesama sendiri akan terdedah
akhirnya kepada rakyat.
Isu
yang bakal meranapkan ikatan Pas dan Dap malah kerjasama dengan PKR juga adalah
kalimah ALLAH yang sehingga masih tidak selesai dan tidak akan selesai kerana
masing-masing memperjuangkan ideologi politik yang berbeza sekali.
Pas
dengan 'Negara Islam' yang sudah di turun taraf kepada 'Negara Kebajikan'
sementara Dap pula dengan agenda anti-Islam dan anti-Melayunya manakala PKR
pula hentam apa sahaja termasuk liberalisme, pluralisme dan LBGT.
Jadi
Pakatan Rakyat yang digembar gemburkan
sebagai pengganti BN sebagai kerajaan persekutuan pada realitinya
hanyalah kumpulan parti carca marba yang tidak ada halatuju dan destinasi yang
ingin disasarkan.
Dalam
bahasa Inggeris kerjasama yang tidak secocok dan tidak sepadan ini dipanggil
'marriage of convenience'.
Ini
kerana mereka hanya sanggup tidur sebantal walaupun mimpi lain-lain disebabkan
berkongsi motif yang sama iaitu untuk berebut kuasa, jawatan dan pangkat.
Selalunya
mana-mana kerjasama politik yang berteraskan kepada perkahwinan jenis ini tidak
akan kekal lama.
Mereka
diibaratkan sekumpulan perompak atau pencuri yang bergabung tenaga dan
kemahiran untuk merampas harta yang banyak.
Sebaik
sahaja misi mereka berjaya, maka mulalah masing-masing berkomplot untuk
membunuh ahli-ahli geng yang sama-sama berusaha untuk melakukan rompakan itu.
Akhirnya
ahli-ahli kumpulan perompak itu akan berbunuhan sesama sendiri dan hasil
rompakan mereka pun dinikmati pihak lain.
Apa
pun lakonan yang dipamerkan oleh Nik Aziz dan Karpal ltempoh hari langsung
tidak meyakinkan orang ang berakal.
Hanya
penyokong yang taksiub dan buta hati sahaja yang tersenyum dan riang gembira
betapa eratnya kedua pemimpin itu.
Tanpa
diketahui Nik Aziz dan Karpal sudahpun mengeluarkan pisau yang terselit di
belakang untuk menikam sekutu sendiri.
7:59 AM
Nik.ajis manusia paling senang dijinakkan dan diperbodohkan oleh Karpal & Aljub...demi politik agama pun boleh jual....
7:29 PM
Mari kita sama Pancung kapala anuar al bontoty...