Teresa Kok DiTOLAK Akar Umbi DAP Selangor ......


Kewibawaan dan kreabiliti Teresa Kok sebagai Pengerusi DAP Selangor terus dipertikai dan dilihat sebagai pemimpin yang tidak layak memimpin DAP sebagai sebuah parti berbilang kaum, sebaliknya hanya mementingkan kaum Cina semata-mata.

Bekas Ketua Cawangan DAP Pantai Sepang Putra, R.Vellasamy hari ini terus mempertikai kewibawaan dan kreabiliti selain melabelkan teresa sebagai tidak layak memimpin dan menjadi Pengerusi DAP Selangor.

“Sepanjang di bawah pemerintahannya, akar umbi DAP sudah perpecah dan tidak sehaluan lagi. Dalam Konvensyen DAP Selangor pada tahun 2010, Teresa hanya mendapat 437 undi daripada 803 undi, ini membuktikan bahawa separuh dari perwakilan DAP tidak mengundinya.

Teresa mendapat kedudukan nombor 11, namun dia tetap dilantik Pengerusi DAP negeri. Bagaimana ahli-ahli DAP boleh bersatu jika Teresa Kok terus menjadi Pengerusi DAP negeri?,” ujarnya kepada pemberita dalam satu sidang media, pagi tadi di sini.

R.Vellasamy turut mempersoalkan mengapa sehingga ke hari ini, tidak ada seorang pun Ketua Komuniti India di Selangor dari kalangan ahli DAP?

“Saya kecewa dengan Teresa, kerana dia boleh meminta apa sahaja termasuk jawatan EXCO dari Menteri Besar, tetapi dalam masa yang sama, Teresa boleh mengabaikan masyarakat India dalam kalangan ahli DAP sendiri.

Saya nak tanya juga, tak malukah Teresa memegang jawatan Naib Pengerusi DAP sedangkan dalam Kongress DAP Kebangsaan yang lalu, Teresa sekadar mendapat kedudukan no ke-18, hamper separuh perwakilan yang tidak memilih dia tetapi Lim Guang Eng tetap menjadikan Teresa sebagai Naib Pengerusi,” tambahnya lagi.

Difahamkan juga penduduk Kinrara pun tidak mahu lagi Teresa dicalonkan pada Pilihan Raya Umum akan datang.

“Teresa terlalu banyak jawatan yang disandang hingga beliau tidak dapat berkhidmat dengan baik, khususnya kepada penduduk Kinrara.

Antara jawatan yang disandang Teresa hari ini ialah Ahli Parlimen Seputeh, ADUN Kinrara, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Pengerusi DAP Selangor, Naib Pengerusi DAP Pusat, Pengarah di PKNS dan banyak lagi. Jadi, bagaimana dia mahu membahagikan masanya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat,” persoalnya lagi.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    3:34 PM

    Dap dah jadi gerakan pelampau cina christiam extremist. Orang cina perlu tolak dap demi kestabilan ekonomi negara. Mca dan getalan dah banyak berjasa pada kaum cina. Cina extrremist dap musuh perpaduan dan banyak merosakkan pemikiran rakyat.

Post a Comment