Ketua Pembangkang semakin berkecamuk fikirannya
ekoran tekanan politik yang dihadapi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang
akan diumumkan dalam masa terdekat.
Kalan dalam istilah peperangan, Anwar Ibrahim
terpaksa mengeluarkan semua senjata sulitnya bagi menghadapi populariti Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin meningkat.
Malah Anwar jelas nampak tertekan apabila rakyat
mula memberi respons yang cukup memberangsangan terhadap segala usaha serta
program untuk membantu dan meringankan kos kehidupan.
Boleh dikatakan tidak ada kelompok atau golongan
rakyat yang tidak menerima mahupun menikmati limpahan rahmat hasil daripada
keprihatin kerajaan Barisan Nasional.
Daripada BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 dan seterusnya
BRIM 3.0 pada masa depan hinggalah kepada program-program membantu ibu tunggal,
pelajar sekolah, golongan belia dan remaja, siswa siswi, pemandu teksi, anggota
tentera yang bersara, pemandu teksi, kumpulan OKU, golongan berpendapatan
rendah dan peneroka Felda.
Semuanya mendapat bantuan kewangan dari kerajaan
yang berjaya membangun ekonomi negara sehingga menjana pendapatan yang cukup
untuk disalurkan secara terus kepada rakyat.
Pembangkang pula asyik berceramah siang dan malam
menjual janji-janji manis setakat air liur di corong-corong udara.
Mereka gagal untuk membela rakyat tetapi mencaci,
memfitnah dan mentohmah pihak kerajaan yang bertungkus lumus untuk membina
negara yang lebih maju dan makmur.
Anwar sedar beliau gagal untuk membuktikan kepada
rakyat bahawa janji yang dibuat mampu direalisasikan.
Maka apa saja isu yang boleh memberi 'political
mileage' atau keuntungan politik akan digunakan walau pun kadangkala jelas
remeh temeh.
Oleh itu untuk mengalih pandangan, beliau membuat
kacau dengan menggunakan beberapa kuda tunggangan untuk menjaykan agenda
politiknya.
Terkini Anwar cuba menggunakan senator bebas dari
Australia, Nick Xenophon untuk campur tangan dalam proses pilihan raya negara
ini.
Ketika gagal mengguna Bersih untuk menumbangkan
kerajaan, Anwar terpaksa menebalkan muka untuk merayu kepada kerajaan negara
itu memantau perjalanan pilihan raya di Malaysia tetapi malangnya usahaya
ditolak mentah-mentah.
Senator Xenophon yang tidak mewakili parti
pemerintah Australia menjadi benteng terakhir Anwar untuk terus menyerang
Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi ini pun gagal apabila awan beliau itu ditahan
oleh pihak Jabatan Imigresen dan kemudian dihantar pulang.
Sebelum ini Bersih 1.0. 2.0 dan 3.0 juga tidak
mampu memberi kesan kepada kerajaan walaupun pembangkang berarak di jalanraya
mendesak tuntutan mereka dipenuhi.
Anwar juga mendalangi tindakan pertubuhan haram
Suaram yang cuba menjadi plaintif dalam penyiasatan kes Scorpene di Perancis.
Ini pun gagal apabila identiti sebenar pertubuhan
itu didedahkan sebagai agen pihak asing yang menerima dana asing.
Pembangkang juga berusaha untuk mengagalkan projek
nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang dan telah mendapat tentangan hebat dari
pelbagai pihak.
Malah Pengerusi Himpunan Hijau yang didokong parti
pembangkang telah menjadi elemen ekstrim dengan mengugut untuk membakar kilang
Lynas dan kilang perlombongan emas di Bukit Koman, Raub.
Anwar juga menafikan tidak terlibat memperalatkan
Deepak Jaikishan untuk memburuk-buru serta memfitnah pemimpin negara tetapi
rakyat tahu beliaulah tok dalang yang mengawal penjual karpet itu.
Usaha ini nampaknya gagal kerana rakyat tidak
berminat untuk mendengar penipuan demi penipuan yang keluar dari individu yang
tidak bermoral dan tida mempunyai kredibiliti ini.
Anwar sudah hilang punca untuk terus menyerang
kerajaan kerana semua pelurunya sudah digunakan.
Pepecahan di antara Pas dan Dap semakin hari
semakin bertambah buruk.
Setiap hari ada saja ahli-ahli Pas yang
berdemonstrasi dan memijak-mijak gambar pemimpin Dap kerana tida bersetuju
pendirian parti mereka berhubung isu kalimah ALLAH.
Jika Pas dan Dap berpecah daripada Pakatan Rakyat
maka punahlah harapan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.
Sekiranya Pas dan Dap masih kekal dalam Pakatan
Rakyat, rakyat juga akan menolak mereka kerana pendirian pembangkang yang
mempermainkan agama Islam demi kepentingan politik.
Anwar dalang sebenar atau tangan ghaib disebalik isu kalimah ALLAH
dengan dibantu oleh Dap.
Taktik Anwar ialah untuk memecah belahkan kuasa
politik melayu supaya senang Dap dan pengaruh gerakan Kristian bertapak di Malaysia
Itulah sebabnya itu beliau bermati-matian
mempertahan serta menyokong Dap dalam isu kalimah ALLAH.
10:45 AM
peluru air