Beri BN Mandat PRU-13 Untuk Batalkan Projek Datum Jelatek



Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo hari ini memberikan jaminan bahawa projek Datum Jelatek akan dibatalkan sekiranya BN kembali mentadbir negeri Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

“apa yang kita perjuangkan ini adalah kerana tidak mahu perkara Datum Jelatek ini seperti ‘kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan’. Walaupun pada asalnya, projek ini hendak dibuat rumah dan kedai mampu milik, dan mampu dibeli penduduk tempatan tetapi hasrat asal sudah lari kerana rumah-rumah yang satu bilik pun berharga RM700ribu.

Ini bermakna, rakyat mana yang layak atau mampu memiliki rumah-rumah di sini. Sepatutnya bila mereka nak buat satu-satu pembangunan, mereka haruslah membuat kajian penduduk setempat, adakah orang-orang muda atau pasangan muda mampu memiliki rumah-rumah ini,” ujarnya kepada pemberita selepas bersama-sama Ahli Jawatankuasa Barisan Bertindak Datum Jelatek (BBDJ) menghantar memorandum kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk membantah projek pembangunan mewah ini.

Tambahnya, dengan harga yang cukup tinggi, beliau percaya kebanyakan penduduk kebarangkalian tidak mampu untuk membeli projek perumahan mewah tersebut.

“Saya menyokong sepenuhnya perjuangan Barisan Bertindak Datum Jelatek (BBDJ) dan penduduk setempat, kami di BN Ampang menyeru penduduk Ampang dan rakyat Selangor khususnya untuk memberikan kemenangan kepada BN pada PRU akan datang, kerana hanya dengan kuasa kepada BN sahajalah, projek Datum Jelatek ini akan dibatalkan.

Apa sahaja yang BN buat adalah untuk kepentingan rakyat, sebaliknya kerajaan pakatan jika terus diberikan kuasa, mereka akan memastikan projek ini akan diteruskan. Bukan sahaja projek ini, malah ia akan melangkau kepada projek-projek lain, pembangunan akan diteruskan ke kawasan pangsapuri yang berhampiran seterusnya ke kawasan-kawasan industri yang berhampiran,” tambahnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Ampang.

Sehubungan dengan itu, rakyat Selangor harus membantu memberikan kemenangan kepada BN agar dapat mengagalkan projek pembangunan mewah ini dan akhirnya apa sahaja projek pembangunan yang dibuat oleh kerajaan BN adalah untuk kepentingan rakyat tempatan. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Kenapa nak tunggu menang baru nak batal. kalau puak hindu boleh ugut MB Selangor dan pemaju untuk batalkan kondo di Batu Cave, mengapa orang Melayu tak boleh ugut jugak MB Gagap dan PKNS ni, nak diplomasi lagi ker atau kita yang takut?

Post a Comment