UPDATE: Al –Fatihah: Seorang Lagi Anggota PDRM Terkorban

Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam ini.
 
Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.
 
Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.
 
Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.
 
Semalam, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.
 
Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh.
 
Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    1:07 AM

    saya rasa kalau dikumpul segala senjata M16 milik rakyat filipina yg ada disekitar sandakan ..Lahad datu , semporna dan Tawau , boleh mencapai jumlah ribuan pucuk !

    belum termasuk senjata yg disembunyikan sekitar kota kinabalu , keningau , kudat atau daerah lain , kalau dicampur semuanya saya percaya boleh mencapai jumlah 10 ribu!

    percaya atau tidak , setiap rakyat filipina yg ada disabah kebanyakan menyimpan senjata, kalau bukan pistol ..M16 atau senjata api lain , pada mereka ianya sebahagian daripada harta, tidak susah utk menyembunyikanya atau membawanya pun,

    apa akan jadi sekiranya semua senjata itu mereka gunakan serentak untuk menyerang atau membunuh rakyat sabah ? mampukan polis bertindak pantas mengawal dan menjaga keadaan?

Post a Comment