Isu air di Selangor semakin meruncing apabila penduduk di beberapa daerah di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat mula mengeluh berlaku gangguan bekalan air di kediaman mereka.
Meskipun
telah dinasihatkan agar kerajaan dipimpin Khalid Ibrahim itu meneruskan
pembinaan Projek Langat 2, beliau masih berdegil, sebaliknya mengutamakan
pembinaan projek solar: SOLAR PHOTOVALTAIC
POWER PLANT yang kosnya mencecah RM 1 bilion.
Lebih
mengejutkan, projek itu dilaksanakan melalui runding terus yang melibatkan
kepentingan pemimpin DAP seperti Teresa Kok menerusi proksinya seorang ahli
DAP, Kok Chee Keong yang mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut, dan
diluluskan hanya dalam tempoh lapan hari ia dicadangkan.
Pada
14 Disember 2011 , Yayasan Selangor telah menerima sepucuk surat buat kali
pertama dari GOLDSINO INVESTMENT DEVELOPMENT LIMITED yang berpangkalan di
Zhuhai, China, untuk menjalankan projek SOLAR PHOTOVALTAIC POWER PLANT di atas
kedua-dua keping tanah tersebut untuk tempoh pajakan 25 tahun.
Apa
yang mengejutkan surat yang dihantar itu adalah surat pertama , tetapi dalam
surat berkenaan syarikat itu telah menyatakan ayat seperti berikut,:
“we
would to express our sincere appreciation to Yayasan Selangor for inviting us
to participating for the above project”.
Difahamkan
perbincangan awal antara mereka dengan Teresa Kok, mereka telah diajar supaya
menulis begitu kerana Teresa akan terselamat jika apa-apa yang boleh
menyangkutkannya.
Pada
22 Disembar 2011 Yayasan selangor telah mengeluarkan ‘letter of intent’ (LOI)
kepada syarikat berkenaan yang
ditandatangani oleh Raja Amir Shah.
Persoalannya,
bagaimana projek yang mencecah RM 1 bilion dalam masa 8 hari sahaja boleh
dikeluarkan LOI?
Pada
27 Disember 2011 satu mesyuarat telah diadakan melibatkan Yayasan Selangor
dengan Goldsino Investment Development Limited, yang mana dalam mesyuarat itu
Yayasan Selangor diwakili lapan orang, manakala syarikat berkenaan hanya
diwakili oleh, Kok Chee Keong selaku proksi Teresa Kok.
Yayasan
Selangor memiliki dua keping tanah di Dengkil dan Kuala Kubu Baru. Tanah yang
bernombor PT 39693 di Dengkil telah disewakan kepada kroni Dr Halimah Ali (Adun
Pas Selat Klang) untuk dijadikan sekolah persendirian dengan sewa yang cukup
murah.
Tanah
kedua bernombor PT 521 di Kuala Kubu Baru yang menempatkan Dua Kem Bina
Semangat yang disewakan kepada PLKN. Keluasan kedua-dua kawasan tanah berkenaan
dianggarkan 40-50 ekar.
Jelas
di sini dilihat bagaimana Yayasan Selangor yang ditubuhkan untuk membantu
anak-anak Selangor dalam pendidikan telah dijadikan ‘vehicle’ oleh DAP untuk
mereka mengaut keuntungan.
Lima
tahun mereka memerintah Selangor kita dapat melihat bagaimana rakusnya DAP
dalam menjahanamkan negeri Selangor.
Dengan
mudah, dua keping tanah untuk kebajikan rakyat Selangor dambil dan digunakan
demi kepentingan DAP, hanya dalam tempoh yang singkat!
0 Komen