Dalam kempen pembangkang akhir-akhir ini, menyaksikan pemimpin
mereka semakin tidak dapat mengawal diri.
Rata-rata ceramah mereka menyerlahkan kemarahan, dendam kesumat dan
dengki khianat yang parah terhadap Barisan Nasional. Keinginan yang menggila untuk berkuasa
menyebabkan mereka tidak mampu lagi berlakon sebagai seorang pemimpin yang
rasional dan matang.
Sebaliknya, mereka menghamun dan mengutuk pemimpin BN
semahu-mahunya dalam ceramah mereka bagi mencapai kepuasan. Apa yang menarik ialah sasaran yang paling
mereka gemari ialah Tun Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri yang amat kita
kasihi.
Tun Mahathir begitu giat membantu Perdana Menteri dan Barisan
Nasional berkempen dalam PRU kali ini.
Rata-rata program yang menampilkan Tun Mahathir pasti menyaksikan
sambutan yang hebat sedangkan beliau sudah lama bersara. Kata-kata Tun Mahathir diambil sebagai amanat
dan pedoman oleh segenap rakyat berbilang kaum.
Dalam setiap program, beliau tidak putus-putus mengingatkan rakyat agar
membuat pilihan tepat.
Tun Mahathir tidak perlu bercakap berdegar-degar memaki hamun
pembangkang sepertimana Anwar menyuruhnya pergi mati. Tetapi, Tun Mahathir hanya perlu berkata
benar dalam setiap ceramahnya, itu saja.
Dan itu pun sudah cukup untuk membuat pembangkang separuh gila.
Selain Anwar, antara yang separuh gila dengan usaha Tun Mahathir
ini ialah Lim Kit Siang. Susah hati
sungguh si Kit Siang bila Tun Mahathir membantu BN. Justeru, jenuhlah dikerah tentera kacang
merahnya (Red Bean Army) menghentam Tun Mahathir kononnya sebagai manusia
paling berkuasa, kukubesi dan ditakuti di segenap peringkat.
Namun, dalam pada itu juga, berduyun-duyun anggota dan pemimpin
DAP keluar parti.
Dan alasan mereka pula adalah konsisten iaitu Lim Kit Siang anak
beranak bersifat kukubesi, terlalu berkuasa dan amat ditakuti di dalam
DAP!
Kata mereka, dalam meletakkan calon pilihanraya, Lim Kit Siang
langsung tidak mengambil-kira suara pemimpin bawahan. Mereka yang telah lama berjuang di dalam
parti diketepikan dan rungutan mereka disambut dengan tempelak serta
ugutan.
Sudahlah pemilihan CEC juga tidak telus yang mana penipuan
dilakukan secara terang-terangan, Lim Kit Siang sedikit pun tidak menunjukkan
kekesalan atas ‘kebobrokan’ anaknya dalam kes itu, hatta merestuinya pula. Sehingga hari ini, tiada siapa di dalam DAP
yang boleh mempersoalkan perihal kes CEC, atau akan diberi tekanan oleh
kepimpinan atasan.
Sumber juga menyatakan Kit Siang begitu terdesak kini dan
meningkatkan lagi kempen dengan cara mengugut.
Ini sebenarnya, tidaklah mengejutkan kerana sejak dahulu lagi, DAP amat
sinonim dengan kes ‘menerima peluru dalam sampul’. DAP juga diketahui mempunyai hubungan rapat
dengan kongsi gelap bawah tanah.
Sesiapa yang melanggar perintah Lim Kit Siang, akan menghadapi ancaman
ugut dan keluarga mereka juga berada dalam bahaya. Kerana itu di dalam DAP sendiri mereka
merujuk kepada pemerintahan DAP sebagai sistem ‘kilas tangan’. Malah gelaran Tokong terhadap Lim Guan Eng
juga dimulakan oleh orang DAP sendiri.
Oleh itu tidak hairanlah Teoh Beng Hock mengambil keputusan
membunuh diri apabila menjadi ‘liabiliti’ kepada DAP.
Berdasarkan semua ini, kita tidak perlu menjadi seorang ‘genius’
untuk meneka bahawa kejadian bom dan letupan mempunyai kaitan dengan DAP.
Selain Kit Siang, pemimpin DAP yang rapat dengannya juga tidak
segan silu menunjukkan sikap samseng mereka kepada rakyat, mungkin untuk
membangkitkan rasa gerun terhadap parti itu.
Antaranya, Tony Pua ketika menjawab soalan Malaysiakini mengenai Red Bean
Army, beliau berkata tugas kumpulan itu adalah untuk ‘membunuh orang’. Benar, ia adalah satu perumpamaan, namun
perlukah menggunakan perumpamaan yang begitu ‘ganas’ dalam politik?
Jenice Lee, Shen Yee Aun, Tunku Aziz adalah antara segelintir
nama-nama yang sanggup tampil ke hadapan dan menelan segala ugutan demi untuk
mendedahkan sikap DAP yang kukubesi, kejam, korup dan kotor. Selebihnya, hanya menentang Kit Siang secara
senyap-senyap kerana bimbang tindakan parti terhadap diri dan keluarga mereka.
Kit Siang sebenarnya amat sedar akan persepsi ramai terhadapnya,
kerana itulah beliau bersungguh-sungguh cuba membalikkan persepsi itu kepada
Tun Mahathir, iaitu sasaran paling ‘besar’ dan paling mudah.
Namun, taktik Kit Siang tidak laku kerana rakyat tahu siapa Tun
Mahathir iaitu pemimpin yang berhati mulia yang tidak jemu-jemu berusaha
merealisasikan sebuah dunia yang lebih baik untuk manusia sejagat. Tun Mahathir terkenal dengan sifat penyayang
dan ia boleh dilihat jelas dalam hubungan beliau dengan Tun Siti Hasmah.
Tun Mahathir tidak pernah hilang kawalan atau menggila dan
menghamun sesiapa sepanjang hidupnya.
Biarpun beliau paling marah kepada George Soros suatu ketika dahulu
kerana hampir memusnahkan negara ini, beliau telah meluahkan kemarahan itu
dengan cara yang amat tenang, dalam ayat yang cukup tajam tanpa perlu
terjerit-jerit mencerca seperti Lim Kit Siang mahupun Anwar Ibrahim yang ingin
melepaskan geram.
Justeru, Kit Siang tidak mungkin mampu mencipta gambaran
‘raksaksa’ terhadap Tun Mahathir kerana semua orang tahu, terutama orang-orang
DAP sendiri, bahawa Kit Sianglah raksaksa yang sebenarnya. Raksaksa yang bernama Kit Siang ini tidak
sanggup bersara seperti Tun Mahathir, tetapi beliau perlu berada di dalam
hierarki kepimpinan bagi memastikan kepentingan beliau dan anak-beranaknya
sentiasa diutamakan.
Apapun kita ucapkan ‘Selamat Berjaya’ kepada tentera kacang merah
di Komtar dan Concorde untuk memulihkan imej Kit Siang dalam masa 7 hari
ini. Apa yang pasti, beribu-ribu tentera
ini tidak mungkin mampu mencipta persepsi bahawa Kit Siang adalah seorang pemimpin
yang penyayang dan prihatin dalam masa 7 hari mahupun 70 tahun lagi.
8:01 AM
Baca kat bawah ni:
Bila Bapak KERA Terlepas di TendangTerajang