Najib Umum 'Pasukan Transformasi' - Penting Untuk Bawa BN Ke Tahap Baru


Pengerusi Barisan Nasional, YAB Dato' Seri Najib, telah menyerahkan senarai akhir calon-calon Barisan Nasional PRU13 kepada semua parti-parti komponen pagi tadi.

Kesemua Pengarah Jentera PRU Negeri juga telahpun diberikan watikah yang akan diumumkan secara rasmi esok.

Dato' Seri Najib juga mengumumkan bahawa seramai 33 % calon BN di peringkat Parlimen adalah muka baru. 49 % di peringkat DUN juga adalah di kalangan muka baru yang mampu menggalas amanah untuk kemenangan dan kejayaan BN.

PM tidak menolak bahawa ada muka lama yang dikekalkan - khusus untuk memberi pengalaman kepada barisan kabinet yang bakal ditubuhkan nanti.

PM Najib berharap agar rakyat dapat menilai pencalonan ini secara 'menyeluruh' - pasukan ini bakal menggalas amanah untuk memenuhi perkara yang dijanjikan di dalam akujanji manifesto BN.

Sent from Yahoo! Mail for iPhone
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment