PRU13: 15,000 Alumni Asrama Yayasan Selangor Tolak Pakatan Pembangkang



Kira-kira 15,000 anggota Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor akan menolak pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berikutan kegagalan parti itu menyelesaikan isu membabitkan yayasan selama hampir lima tahun mentadbir Selangor.

Antara isu itu ialah penutupan operasi dua asrama yayasan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, pemberian tanah milik yayasan di Klang untuk pembangunan pusat kebudayaan Cina, isu tanah milik yayasan di Pulau Carey, Klang dan isu penjualan atau tawaran penjualan bangunan Yayasan Selangor di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur .

Presidennya Kapten (B) Azme Dollah berkata persatuan berasa sangat kecewa, sedih dan tidak puas hati dengan maklum balas negatif daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki berhubung isu itu.

"Bagaimanapun, kami mendapat sokongan daripada koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang menyatakan kesediaan untuk membantu termasuk memasukkan usaha menyelamatkan asrama yayasan ke dalam manifesto BN Selangor.

"Menteri Besar dan pengurus besar (Yayasan Selangor) jangan anggap kami partisan. Selama ini kami cuba bersikap non partisan sehinggalah asrama kita hendak dirobohkan dan kita telah cuba merayu tetapi tidak dilayan.

"Demi menyelamatkan anak Selangor, kami tiada pilihan kecuali mengundi BN dalam PRU13," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Azme berkata penutupan dua asrama yang bakal dirobohkan itu menyebabkan pelajar di asrama itu dibiarkan terkontang-kanting tanpa nasib mereka dibela dengan mereka terpaksa mencari tempat lain untuk tinggal dan ada yang terpaksa pulang ke kampung halaman masing-masing untuk meneruskan persekolahan.

Katanya 30 daripada penghuni asrama itu berjaya memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan keadaan itu mungkin akan menjejaskan pembelajaran mereka.

Beliau mempersoalkan kenapa perlu menutup asrama berkenaan sedangkan pihak yayasan mendakwa mempunyai simpanan tetap kira-kira RM60 juta manakala rizab kerajaan negeri didakwa sebanyak RM2 bilion.

"Menteri Besar mendakwa asrama di bandar untuk anak-anak luar Bandar tidak lagi relevan dengan sistem pendidikan yang ada sekarang, jadi beliau putuskan bahawa tanah di Kampung Pandan hendak dikomersilkan bagi menjana pendapatan.

"Bagaimanapun kami ingin tegaskan kami bukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tetapi kami urban survival yang berdikari sepanjang menuntut ilmu di bandar, itu yang Menteri Besar tidak faham," katanya.

Azme berkata isu lain yang persatuan belum menerima jawapan jelas daripada Abdul Khalid ialah isu pelantikan Ilham sebagai pengurus besar yang diragui dan isu penggajian terkini kakitangan yayasan.

Beliau berkata melihat kepada isu berkenaan, pihaknya berpendapat pentadbiran Yayasan Selangor telah gagal memenuhi kehendak rakyat Selangor dan gagal menguruskan yayasan itu dengan baik.

"Matlamat penubuhan Yayasan Selangor telah bertukar di bawah urus tadbir kini. Yayasan Selangor yang sepatutnya menjadi pemangkin kepada aktiviti pendidikan anak-anak di negeri ini kini lebih menjurus kepada aktiviti komersil serta pencairan aset yang ada.

"Persatuan kini berpendapat Yayasan Selangor perlu dan mesti diselamatkan segera dari pentadbir yang hanya melihat kepada keuntungan tanpa memberi tumpuan kepada fokus sebenar penubuhan yayasan ini lebih 30 tahun lalu," katanya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Syabas. Anak-anak Yayasan Selangor memang semestinya tolak DAP-PKR-PAS. Mereka memang mahu menghalang anak-anak Selangor dari mendapat pendidikan berkualiti.

    1. Mereka halang ITM membina kampus di Hulu Selangor
    2. Institut Latihan Kemahiran ditutup
    3. UNISEL dibiarkan kuncup
    4. KUIS juga dibiarkan kuncup. Beberapa Jabatan telah ditutup.

  2. Anonymous
    11:28 AM

    Syabas juga kerana mempercayai Parti Keadilan Rakyat. ?? Rakyat mana ni? Semestinya bukan rakyat kita. Mungkin rakyat di Seputeh sahaja agaknya. Ternyata Khalid akur dengan arahan Teresa. Kalau orang putih dia kata "you got no balls"...

Post a Comment