Calon Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Zubir Embong, bertekad
untuk meneruskan legasi kecemerlangan yang ditinggalkan Allahyarham Dato’
Razali Ismail, bekas Timbalan Menteri Pelajaran itu memandangkan beliau merupakan
individu yang rapat dengan Allahyarham Dato’ Razali Ismail, bekas Ahli Parlimen
Kuala Terengganu.
“Insya-Allah, saya yakin Barisan Nasional (BN) akan dapat
menguasai semula Parlimen Kuala Terengganu memandangkan kita semua percaya
sokongan akan beralih arah demi memastikan arus pendidikan semasa harus
didukung oleh kepimpinan yang lebih mantap, sebagaimana kesinambungan yang
pernah dilaksanakan oleh Allahyarham Dato’ Razali Ismail.
“Saya berhasrat untuk menyambung legasi yang ditinggalkan oleh
tokoh pemimpin hebat itu dalam memacu bidang pendidikan negara dan negeri ,
khususnya di Kuala Terengganu,” kata calon BN yang akan bertanding kerusi
Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei ini, semalam.
Haji Mohd Zubir yang berkhidmat sebagai Ketua Sektor Akademik
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) juga akan memastikan Kuala
Terengganu sebagai sebuah bandar raya yang sedang pesat membangun di sudut
fizikal dan prasarana, tidak ketinggalan dalam melahirkan sumber manusia dan
modal insan berkualiti yang digembleng dalam arus pendidikan semasa.
Beliau juga mahu merapatkan jurang antara golongan kaya dan
miskin, sekaligus tidak menafikan peluang untuk anak muda lepasan sekolah
menyambung pelajaran di universiti akibat kekangan sumber kewangan dan ekonomi.
Dalam pada itu, bakal calon lulusan Ijazah Sarjana Pengurusan
Pendidikan Universiti Putra Malaysia itu akan memastikan tempoh berkempen dua
minggu sebaik penamaan calon Sabtu ini dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi
menemui seluruh rakyat di Kuala Terengganu dalam siri lawatan, ceramah dan juga
aktiviti kemasyarakatan.
“Sepanjang kempen nanti sebagai calon mewakili parti yang
memperjuangkan bangsa, agama dan negara akan menerangkan secara terperinci dan
tepat mengenai apa jua dasar, perjuangan dan setiap langkah kerajaan kepada
semua rakyat yang ditemui kelak.
“Pada masa yang sama, saya juga tidak mahu menyentuh atau
menceritakan perihal pihak lawan, kerana apa yang lebih utama rakyat kenal dan
faham siapa yang layak dipilih untuk kesinambungan pembangunan hari ini,”
katanya.
Untuk rekod, Allahyarham Dato’ Razali meninggal dunia pada 28
November 2008 di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland, Pahang ketika
berumur 59 tahun. Allahyarham bertanding pada PRU11 dan menewaskan penyandang
kerusi Parlimen Kuala Terengganu Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas).
2:18 AM
umno silap pilih calon kali ini. Nak banding mamat ni dengan arwah Dato Razali ahhh tak payah lah. Macam banding nabi dengan firaun. Aku gerenti mamat ni melungkup kali ini. Berapa ramai cikgu2 di seluruh terengganu yg melompat2 kegembiraan bila dengan makhluk ni jadi calon bn. sayonara zubirrr