Semua maklum
semenjak 5 tahun lalu, BN Kelantan telah menetapkan sasaran utamanya untuk mencapai
kemenangan di sekurang-kurangnya 23 DUN dan 8 Parlimen di Kelantan bagi
merealisasikan hasrat memerintah kembali negeri ini.
Lima tahun
sudah berlalu, sasaran yang sama masih dipegang erat oleh BN Kelantan meskipun
sepanjang tempoh itu sehingga kini PAS sering mempersendakan dan menganggapnya
sebagai sesuatu yang sukar dicapai.
Malah di
kalangan sesetengah pemimpin dan ahli UMNO sendiri masih ada yang was-was dan
masih tertanya-tanya mampukah BN menawan jumlah kerusi yang disasarkan itu
meski pun masing-masing menyedari wujud perubahan ketara dalam tempoh 5 tahun
itu.
Namun bagi
pemerhati politik sasaran tersebut realistik kerana ianya pernah hampir menjadi
realiti pada PRU 11 tahun 2004 dulu, di mana UMNO selaku komponen utama BN
telah berjaya beroleh kemenangan di 21 dari 45 DUN.
Ia tak
mustahil bakal menjadi kenyataan dalam PRU-13 yang akan berlangsung 5 Mei 2013 nanti memandangkan
trend akhir-akhir ini juga saling tak ubah seperti mood tahun 2004 yang
memperlihatkan sokongan rakyat kepada BN.
Hakikat itu
tidak disedari PAS sehinggalah mereka terpana kelu melihat sendiri perubahan
mood rakyat yang mana ketara bezanya apabila PAS hanya berupaya menang
nyawa-nyawa ikan dengan majoriti tipis 65 undi ketika PRK Manek Urai tahun
2009.
Selepas itu,
asakan Gelombang Merah mengakibatkan PAS lemas dibadai kebangkitan rakyat pada
PRK Galas tahun 2010 sekali gus mengundang igauan mimpi ngeri di kalangan
pemimpin PAS Kelantan.
Mereka sedar
UMNO sedang mara untuk merealisasikan kemenangan yang sudah lama BN idamkan.
Hari ini
kedudukan PAS di Kelantan sudah tidak sekuat dulu apatah lagi dengan pelbagai
isu seperti kesucian kalimah Allah S.W.T yang cuba dinodai oleh DAP serta
kegagalan PAS mengatasi percaturan politik PKR dan DAP dalam PR, menyebabkan
ramai penyokong hardcore PAS berjauh hati.
Itu belum
lagi dikira impak buruk berikutan penolakan terhadap PAS oleh golongan ulama
dari kalangan tok guru pondok dan cendekiawan Islam, sedangkan dulu golongan
inilah yang menguatkan tulang belakang PAS semenjak 62 tahun lalu.
Di lihat
pada senario ini, jelas sekali BN berpeluang mencapai sasaran tersebut apatah
lagi berdasarkan trend sokongan umum kini menunjukkan 25 kerusi DUN dan 9
parlimen di Kelantan adalah putih dan condong kepada BN.
Jika trend
itu berkekalan, bermakna ia sudah melebihi sasaran yang diletakkan 5 tahun
lalu, seandainya ia direalisasikan dalam bentuk undi sokongan kepada BN maka itulah takdir buruk yang
paling sukar untuk PAS akui dan akan dikenang sampai ke dalam liang lahad.
8:32 AM
Insya ALLAH. Klu dpt 30, botak kepala
12:06 PM
JIKA INI BENAR IA MERUPAKAN RAHMAT ALLAH YANG TAK TERHINGGA YANG ALLAH TURUNKAN KEPADA RAKYAT NEGERI KELANTAN.....JIKA INI MENJADI KENYATAAAN MAKA TAMATLAH SEBUAH KERAJAAN YANG SELAMA INI SERING MEMPERSENDA AGAMA ALLAH KE TAHAP CELAKA...DAN JIKA INI BENAR DAN JADI KENYATAAN ADALAH JELAS ALLAH MELAKNAT PAS DISEBABKAN KEKEJIAN YANG TERDAPAT PADA PAS.....AMIN AMIN...AKU BERSYUKUR JIKA PAS BERKUBUR.....DAN TAMATLAH REGIM NIKA AZIZ ALAIHISALAM DI BUMI SERAMBI MEKKAH(cuma gelaran saja)
8:12 AM
Nik Aziz x ulama tersohor.jgn lah mmpersenda kan nya.Jika Allah menurun kan celaka keatas kamu.Hari ini juga kamu d timpa celaka.
8:12 AM
*ulama tersohor
8:13 AM
Nik Aziz x ulama tersohor.jgn lah mmpersenda kan nya.Jika Allah menurun kan celaka keatas kamu.Hari ini juga kamu d timpa celaka.