6 penganjur Himpunan 505 yang ditangkap semalam telah tidak
mengaku bersalah ke atas kesalahan gagal memaklumkan kepada ketua polis di
daerah masing-masing dalam tempoh 10 hari dari tarikh perhimpunan. Jika disabit kesalahan, mereka bakal menerima
hukuman denda maksimum RM10,000.
6 yang didakwa tersebut ialah Kamarzaman Mohamed Yunus, Setiausaha
PKR Pahang, Mohd Nazree Mohd Yunus, Ketua AMK Negeri Sembilan, Ong Eu Leong,
Setiausaha Eksekutif PKR Pulau Pinang, Thomas Su Keong Siong, Ahli Parlimen DAP
Ipoh Timur, Mohammad Anuar Zakaria, Setiausaha PKR Perak dan R.Yuneswaran
Setiausaha Eksekutif PKR Johor.
Walaupun penangkapan mereka dilihat sebagai satu langkah terpuji
oleh pasukan keselamatan tetapi rakyat rata-ratanya masih belum berpuas
hati. Ramai yang ingin melihat ‘ikan
yang lebih besar’ ditangkap sementara ikan kecil-kecil ini hanya ‘lekat di
celah gigi’ yakni tidak mengenyangkan dan tidak membawa perubahan apa-apa.
Selagi ikan besar tidak ditangkap selagi itu himpunan jalanan akan
terus diadakan, mengganggu kehidupan rakyat serta memesongkan fokus
kerajaan. Lama kelamaaan, rakyat
semakin menyampah dan mula memikirkan ada sesuatu yang tidak kena yang
menyebabkan kerajaan takut untuk mengambil tindakan ke atas ‘ikan besar’.
Apatah lagi dengan pendedahan mengenai ‘perjanjian’ antara Najib
dan Anwar oleh Jusuf Kalla, bekas Naib Presiden Indonesia. Namun, dari kenyataan Anwar sendiri kita
mendapati bahawa perjanjian tersebut tidak pun ditandatangani oleh Dato’ Seri
Najib, iaitu bermakna tiada sebarang perjanjian yang dibuat.
Pastinya, yang menginginkan satu perjanjian adalah pihak Anwar dan
bukan Najib dan kerana itu, Dato’ Seri Najib telah menolak sebarang perjanjian
dengannya. Pastinya juga, Anwar
menawarkan perjanjian itu kerana beliau sudah tidak yakin akan menang dalam
PRU-13.
Sumber-sumber dalaman menyatakan bahawa Anwar telah memohon agar
beliau tidak didakwa atas insiden Lahad Datu yang mana Dato’ Seri Najib pantas
untuk tidak bersetuju. Pertamanya,
kerana pendakwaan tersebut adalah tertakluk di bawah bidang kuasa mahkamah dan
bukannya kerajaan. Keduanya, Dato’ Seri
Najib tidak mungkin akan melindungi pesalah, terutamanya pengkhianat negara
yang telah menyebabkan kematian wira-wira negara.
Ketegasan Dato’ Seri Najib inilah yang membuatkan Anwar
gelabah.
Jika berita dari sumber ini benar, maka Anwar bukan sahaja ‘ikan
besar’ tetapi sebenarnya adalah ikan gergasi.
Beliau bukan sahaja dalang Himpunan haram, tetapi dalang keganasan dan
pengkhianatan terhadap negara.
Rakyat menunggu dengan sabar akan penangkapan ‘ikan gergasi’ ini,
dan ingin sepenuh hati untuk percaya bahawa kerajaan punya sebab yang cukup
kukuh dan bijak untuk terus membiarkan beliau berenang bebas sehingga
kini.
Walaubagaimanapun, inilah diingatkan bahawa kesabaran manusia
sentiasa ada hadnya.
Rakyat ingin melihat bukan sahaja lebih banyak dan lebih besar
tangkapan tetapi pengakhiran kepada siri-siri himpunan jalanan yang
memualkan. Rakyat ingin kembali kepada
dunia yang waras serta enggan lagi melayan berita-berita panas yang tidak
bermanfaat mengenai seorang manusia yang separuh gila hanya kerana terlalu
ingin menjadi Perdana Menteri.
8:23 AM
Pendekatan penggunaan tangkapan saperti OPERASI LALANG amat dialukan supaya dapat menghindarkan perkara yang lebih buruk terjadi demi keamanan negara tercinta.