Penafian DAP Terlibat Taja Red Bean Army Merupakan SOP Pemimpin Pakatan

Tindakan DAP menafikan dakwaan bahawa parti itu mempunyai kekuatan seramai 200 orang cybertrooper digelar 'Red Bean Army' oleh Utusan Malaysia yang didakwa memburuk-burukkan BN sejak enam tahun lalu memang sudah dijangka, kerana tindakan penafian ini memang merupakan standard operation prosedur (SOP) pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang sejak sekian lama.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, ini merupakan SOP mereka untuk menutup segala kesalahan yang mereka buat, khususnya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mereka akan menafikan terlibat, kemudian mereka akan salahkan orang lain dan menuduh orang lain khususnya menuduh UMNO kononnya mereka-mereka cerita.

Modus operasi Read Bean Army memang jahat. Mereka menipu dan membuat fitnah-fitnah jahat malah ada antara mereka yang berani mengugut dan mengancam orang lain khususnya mereka yang menyokong BN,” ujarnya yang juga Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, beratus-ratus akaun Facebook dikesan menjalankan kegiatan itu sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia, namun ianya merupakan akaun-akaun palsu yang dimiliki oleh beberapa orang pejuang siber yang dipercayai dibiayai DAP.

“Red Bean Army bergerak secara siber yang mempunyai misi menggulingkan kerajaan dengan dibantu oleh pihak tertentu dalam memberi dana dan bantuan kepada mereka. Mereka adalah tentera siber yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mesra BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube bagi membangkitkan kebencian pengundi Cina.


Red Bean Army didakwa ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang diberi latihan oleh DAP serta kita percaya kumpulan ini turut dibayar gaji tetap untuk membuat kerja-kerja jahat ini,” tambahnya lagi. 
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    12:17 AM

    Tak kan kita nak diam dan tengok macam tu je kot. Kerajaan perlu tegas kali ini. Tiada lagi gula2 untuk kaum altra kiasu ni. Segala yang kita sumbang untuk mereka hanya sia-sia sahaja. Jadi, ini lah masanya untuk kita ajar mereka2 semua ini (orang2 Cina khususnya) agar mereka sedar di mane mereka kini berada. Ini bukan negeri Cina.

Post a Comment