PTPTN: Pemuda UMNO Gesa Kajian Menyeluruh Sebelum Laksana Cadangan


Biro Ekonomi dan Usahawan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Bepu) melihat cadangan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusih semalam yang mengumumkan bermula Ogos ini lebih 400,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membayar balik pinjaman mereka makan disekat daripada melakukan sebarang pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan di negara ini, mungkin satu cadangan yang baik kerana jumlah pinjaman tidak berbayar meningkat kepada RM2.8 bilion adalah satu jumlah yang besar.

Namun, untuk melaksanakan cadangan itu, Pengerusi BEPU, Dato' Sohaimi Shahadan secara peribadi berpendapat kerajaan perlu memikirkan sedalam-dalamnya dan membuat kajian yang menyeluruh kerana kesannya kelak kepada golongan muda itu sendiri dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Bagi melaksanakan tindakan itu PTPTN akan bekerjasama  dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyenaraikan peminjam yang gagal membayar balik pinjaman melalui sistem rujukan maklumat kredit berpusat (CCRIS).

Malah dalam Islam sendiri dan juga agama yang lain, membayar hutang adalah satu kewajipan. Bagi peminjam yang beragama Islam, tidak membayar hutang adalah satu dosa yang besar apatah lagi hutang pendidikan yang merupakan hak rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, golongan yang tegar membayar hutang ini mungkin mempunyai masalah mereka sendiri. Justeru kerajaan perlu mewujudkan satu agensi untuk mengenal pasti masalah mereka dan sekaligus membimbing golongan ini melalui program pengurusan kredit yang membolehkan mereka membayar hutang PTPTN.

Fungsi agensi ini sama seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang menyediakan perkhidmatan kaunseling kewangan dan program pengurusan kredit kepada mana-mana peminjam PTPTN yang bermasalah. Peminjam juga mempunyai pilihan membuat penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman mereka tertakluk syarat yang ditetapkan PTPTN.

"Kedua, PTPTN juga boleh bekerjasama dengan majikan peminjam terbabit untuk membuat potongan gaji secara bulanan atau arahan tetap (SI) bank dengan jumlah yang termampu oleh peminjam. Dengan cara ini, sudah tentu tidak akan membebankan kerana barangkali ada segelintir peminjam itu yang menghadapi masalah kewangan yang teruk.

Namun sekiranya peminjam tegar ini masih tidak mahu melangsaikan hutang mereka selepas dua kaedah ini dilaksanakan dan juga membawa mereka ke mahkamah dan sekatan imigresen dilaksanakan, terpulang kepada PTPTN sama ada untuk memasukkan nama mereka dalam CCRIS atau tidak.

Isu pinjaman PTPTN ini menjadi duri dalam daging kepada kerajaan kerana pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum yang lepas berjanji untuk memansuhkan pinjaman ini. Sudah tentu akan menjejaskan kerajaan Barsan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang sekiranya tidak ditangani dengan baik," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang.


Tambahnya, sebarang cadangan yang keras daripada PTPTN itu sendiri hanya akan memberi impak negatif dan boleh mencetuskan kemarahan peminjam dan akhirnya mereka akan terus enggan membayar pinjaman. Cara itu tidak akan membantu kedua-dua belah pihak menyelesaikan masalah, malah akan lebih merumitkan.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. yeopkgb
    8:36 PM

    Kadang2 perlu ada pemantauan keatas pihak pengurusan PTPTN..kita bukan tak tau bnyk kakitangan kerajaan ni penyokong tegar pembangkang.mungkin tindakan terbaharu ini merupakan kelansungan gerakerja mereka untuk mentarbiah pengundi2 muda@peminjam ptptn.YB menteri jgn main seronok nak menunjuk yang dia buat kerja tanpa memikir kesan keats kerajan.

  2. Anonymous
    9:27 PM

    buat la mcm mana pun. klu dh mmg x nk byr hutang, x bleh buat apa. ccris tu jln terbaik. 400k org bukan sikit. ntah2 adayg bertahun x nk byr. elok sgt la tu buat ccris

  3. Anonymous
    9:48 PM

    Baitul mal mana? tentu ada peminjam2 tu ada dari kalangan orang2 Islam..

    Melayu yg kaya2 tu..mungkin leh bantu clearkan dalam beberapa, sorang pun jadi ler..

Post a Comment