Sambutan Hari Malaysia 16 September 2013 hari ini
bukan hanya mengingatkan kita tentang Penubuhan Malaysia hasil gabungan Sabah,
Sarawak Dan Persekutuan Tanah Melayu namun pada tarikh ini juga kita telah
terselamat daripada satu usaha merampas kuasa oleh Anwar Ibrahim melalui
pembelian Ahli Parlimen pada tahun 2008.
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam berkata, namun
apa yang lebih menarik perhatian ialah
berita-berita kematian Setiausaha Agung
Parti Komunis Malaya, Ong Boon Hua atau lebih dikenali sebagai Chin Peng di
Bangkok akibat usia tua. Chin Peng mati pada usia 90 tahun.
"Sejurus selepas berita ini disebarkan, beberapa orang
pemimpin pembangkang berhaluan kiri seperti Hishammuddin Rais, Tian Chua dan
Khalid Ismath mula mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan bahawa Ching
Peng adalah seorang Pejuang. Kini telah mula juga kempen secara halus untuk
mendesak kerajaan membawa pulang mayat atau pun abu Chin Peng ke Malaysia.
Kenyataan yang bertujuan menarik sokongan kaum Cina ini cukup
biadap dan langsung tak mengambil kira perasaan ahli keluarga anggota tentera
dan polis yang telah terkorban ditangan komunis demi menjaga keamanan negara,"
ujarnya yang juga Pengerusi Unit Pidato & Pengucapan Awam Pergerakan Pemuda
UMNO Malaysia.
Selain itu gerakan dari pihak pembangkang ini dilihat sebagai satu
bentuk "endorsement" terhadap keganasan yang dilakukan oleh Parti
Komunis Malaya suatu ketika dahulu.
"Saya menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk membawa
pulang mayat atau abu Ching Peng ke Malaysia. Ong Boon Hua bukan warganegara
Malaysia dan kita tidak sesekali akan memaafkan kekejaman yang telah beliau
lakukan.
Sekiranya DAP atau mana-mana pihak meneruskan usaha untuk membawa
pulang mayat atau abu Ching Peng, saya dan teman-teman Pemuda UMNO tidak akan
teragak-agak untuk turun menyatakan bantahan kami dan menggagalkan sebarang
usaha memperingati musuh negara itu," ujarnya lagi.
11:00 AM
Kominis Chin Peng dah mati. Nampaknya dah ada pengganti kominis moden dari kalangan org Melayu, iaitu Hishamudin Rais dan Khalid Ismath.
12:27 PM
Elok jika abu Chin Peng ditaburkan kat bukit kepong, tempat yg paling sesuai kepada penjenayah dan pengkhianat no 1 negara!
1:18 PM
AWAS!!!...Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Thailand mesti berwaspada 24 jam untuk memastikan bahawa tiada sebarang langkah diambil oleh waris bagi membawa mayat atau abunya ke Malaysia. Nanti kalau dah terlepas masuk banyak pula karenah yang sukar untuk di ambil tindakan.